Home » , » Undang-undang ganti ISA.....Adakah seperti Akta Hasutan 1948....?

Undang-undang ganti ISA.....Adakah seperti Akta Hasutan 1948....?

Salam
Satu lagi undang-undang peninggalan British iaitu Akta Hasutan dilihat kurang menindas berbanding ISA. Akan tetapi akta ini dirangka dalam keadaan ia memberi kuasa mutlak kepada kerajaan untuk menangkap mana-mana musuh politiknya, pengkritik dasar atau mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan. Akta ini diperkenalkan oleh Kolonial British dan digunakan bagi mendiamkan Nasionalis yang merupakan pejuang kemerdekaan pada tahun 1948.

Menurut seksyen 4(1) Akta Hasutan, seseorang itu dianggap melakukan kesalahan dibawah undang-undang ini jika beliau berhasrat melakukan, atau membuat persediaan untuk melakukan, atauberpakat dengan orang lain untuk melakukan, apa-apa tindakan yang jika ia dilakukan boleh disifatkan sebagai menghasut. Sesiapa sahaja akan didapati melakukan kesalahan di bawah undamg-undang ini jika beliau mengungkapkan apa-apa perkataan yang disifatkan menghasut, mencetak, menerbit, menjual, menawar untuk menjual, mengedar, atau menerbitkan semula apa-apa penerbitan berbau hasutan atau mengimport bahan penerbitan berbau hasutan. Namun tidak ada sebarang definasi dan garis panduan yang jelas dan tepat berhubung dengan apa yang disifatkan sebagai hasutan.

Seseorang itu dengan mudah boleh dijatuhi hukuman bersalah di bawah Akta Hasutan kerana pihak yang berkuasa mempunyai kuasa untuk merumuskan sesuatu itu berbau hasutan atau tidak. Ini kerana terdapat kekaburan tafsiran tentang hasutan kerana Akta Hasutan tidak menyediakan garis panduan tentang apa itu hasutan. Ahli politik, pengkritik dasar dan sesiapa sahaja terdedah kepada akta ini. Secara halusnya akta ini adalah untuk mendiamkan rakyat.

Berbeza dengan ISA, peruntukannya menghalang seseorang dibicarakan tetapi untuk akta hasutan, seseorang itu akan dibicarakan secara terbuka di makhamah tetapi jika undang-undang itu tidak menyediakan garis panduan nampaknya keputusan perbicaraan akan terletak 100% kepada tafsiran hakim. (samaada untuk merumuskan sesuatu itu berbau hasutan atau sebaliknya). Nampaknya akta ini hanya sesuai digunakan pada zaman darurat sahaja bukanlah pada zaman moden ini.

Jika kita sebut tentang ahli politik secara halusnya memanglah tugasnya untuk menghasut rakyat bagi mendapatkan sokongan......so kat sini nampaknya Akta ini bolehlah sewenang-wenangnya digunakan untuk mendiamkan pembangkang. Maknanya undang-undang ini lebih bersifat penindasan iaitu undang-undang bagi mengawal pergerakan pembangkang seperti yang dilakukan oleh British untuk mengawal nasionalis haluan kiri menuntut kemerdekaan dahulu.

Kenapa Akta Hasutan tak disebutkan semasa pengumuman pemansuhan ISA samaada untuk ditambahbaikan @ dimansuhkan sedangkan ia termasuk sekali didalam ordinan darurat semasa tahun 1948.......?
Ini adalah kerana akta hasutan adalah satu akta yang masih memberikan definasi berat sebelah iaitu kelebihan kepada pihak yang memegang kuasa bagi menghalang rakyat dari bersuara.....Maknanya blogger dan facebooker pun terdedahlah kepada perkara inikan.................Hu hu hu....

Ini tak de kena mengena pun dengan perkara diatas cuma cerita 16 September  aje.....renung-renungkan tentang kebenarannya......:

Adakah Malaysia wujud pada 31 Ogos 1957 ?
Jawapannya ialah TIDAK. Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963 apabila Sabah dan Sarawak bersama-sama dengan Tanah Melayu (Malaya) membentuk MALAYSIA.

Adakah Sabah @ Sarawak menyertai atau membentuk Malaysia?
Tidak akan ada Malaysia tanpa penyertaan Sabah dan Sarawak. (dulu bersama dengan Singapura) maknanya kewujudan Malaysia adalah dengan pengabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura....tapi Singapura dah tak de dah....sebab dah dilepaskan........Hu hu hu.....
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger