Dasar pengawalan kebebasan akhbar adalah sebahagian daripada fahaman IMPERIALISME yang bercanggah dengan fahaman demokrasi dan hak asasi manusia. Imperialisme ialah politik untuk menguasai (dengan paksaan) secara dasarnya merupakan sistem penguasaan ekonomi, politik dan ketenteraan. Ia merupakan hasil perkembangan kapitalisme yang menyeluruh dan tidak rata sejak kewujudannya. Menghalang dan mengekang media tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah melainkan akan menimbulkan kebencian dikalangan rakyat.
Sebelum Merdeka
Sebelum perang dunia kedua, dibawah jajahan Inggeris, akhbar walaupun tidak bebas namun masih wujud ruang yang besar untuk membicarakan banyak isu. Jesteru, penerbit-penerbit berasa bebas untuk menerbitkan akhbar-akhbar dinegeri-negeri selat khususnya di Singapura dan P.Pinang. Maka, tidak hairanlah Utusan Melayu yang mula diterbitkan pada tahun 1930-an memilih Singapura sebagai tempatnya. Begitu jugalah untuk penubuhan persatuan dan persatuan melayu yang pertama ditubuhkan ialah di Singapura iaitu Persatuan Melayu Singapura. Selepas Jepun menguasai Tanah Melayu, pengawalan akhbar bertambah ketat dan teruk tetapi wartawan-wartawan melayu tetap masih bekerja dibawah Jepun. Mereka berusaha mengambil ruang yang ada untuk memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara. Perkara ini ada dinyatakan oleh Samad Ismail dalam novelnya "Patah Sayap Terbang Jua". Selepas Jepun menyerah, akhbar telah mengecapi lebih kebebasan. Kisah ini diceritakan oleh Ahmad Boestamam dalam bukunya "Merintis Jalan Ke Puncak". Namun, kawalan yang ada oleh pihak penjajah tidaklah seketat berbanding zaman merdeka.
Zaman Merdeka
Keadaan berubah semasa negara melalui zaman Merdeka. Utusan Melayu dibeli oleh Umno dan bermulalah kawalan terhadap akhbar itu. Walaupun keberatan Yusof Ishak (pemilik utusan Melayu) terpaksa tunduk kepada kehendak penguasa politik ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman. Semenjak dari itu bermulalah pengawalan Utusan Melayu oleh Umno. Kongkongan terhadap Utusan Melayu bermula sebaik aje ia berhijrah dari Singapura ke Kuala Lumpur.Maknanya semasa ia di Singapura ia adalah bebas. Walaubagaimanpun ketika pilihanraya 1964, terdapat 3 akhbar utama iaitu Utusan Melayu, Berita Harian dan Warta Negara. Semasa itu Utusan Melayu dan Berita Harian cenderung dalam menyokong Perikatan dimana hanya berita-berita tentang Perikatan sahaja yang disiarkan. Namun bagi Warta Negara yang pengedarannya luas dibahagian utara semenanjung memberikan liputan yang saksama samaada untuk Perikatan @ Pas tetapi selepas sahaja Perikatan memenangi pilihanraya 1964 Warta Negara dibeli oleh Utusan Melayu yang dimiliki oleh Umno.Bermulalah cengkaman ke atas seluruh akhbar dan media.
Bila dah lama Merdeka
Semakin negara bertambah maju semakin kuat lagi kongkongan terhadap media. Di Malaysia kebebasan bersuara dan menulis banyak tertakluk kepada undang-undang. Banyak akta diperkenalkan bagi mengekang kebebasan media bagi memastikan kekuasaan kerajaan tidak tergugat. Dibarat contohnya akhbar menjadi satu industri yang menguntungkan sebaliknya di Malaysia akhbar hanya dianggap sebagai bahan propaganda. Ini adalah berdasarkan penulisan laporan terpilih oleh media milik kerajaan serta beberapa tindakan terhadap wartawan/editor akhbar dan pengharaman media tertentu. Media utama negara ibarat perkakas kepada kesinambungan kekuasaan pemerintah. Ia juga tidak perlu dilesen dengan memberikan kuasa kelulusan permit kepada seorang menteri sahaja.
Apakah menteri yang dilantik itu boleh berlaku adil....?
Hu hu hu berlaku adil untuk kepentingan parti nyalah. Baju warna kuning pun diharamkan..memang haram***** betullah..
Kebenaran yang dikongkong
Kebenaran sendiri sebenarnya tidak boleh dikongkong. Kalau di zaman kesatuan Soviet dahulu, ada 2 akhbar utama yang dikawal iaitu PRAVDA (kebenaran) dan IZVEATISA (berita). Hakikatnya tiada kebenaran langsung dari kedua-dua akhbar tersebut kerana rakyat disana lebih mempercayai SAMIZDAT (lembaran gelap pada zaman Soviet). Kebenaran akan mencari jalannya sendiri dan akhirnya Parti Komunis Kesatuan Soviet tumbang dan Kesatuan Soviet juga tumbang dan kini akhbar sudah bebas disana.
Begitu juga seperti yang berlaku kepada negara jiran kita Indonesia. Setelah kejatuhan Regim Suharto akhbar di republik itu bebas untuk menyatakan apa-apa isu. Samaada untuk mengkritik dasar kerajaan ataupun apa-apa sekali pun. Namun ia tidaklah menjadi ancaman kepada kerajaan Indonesia.
Kini perubahan dapat dilihat di Malaysia dengan kemunculan media baru yang berasaskan internet. Dapat dilihat keberkesanan media baru ini apabila pihak kerajaan juga menubuhkan unit media barunya kerana media baru yang berasakan internet ini dilihat begitu dikuasai oleh pihak pembangkang. Ini dikuatkan lagi dengan statement-statement yang dikeluarkan oleh pak-pak menteri tentang kegagalan unit media baru umno dalam menjawab sesuatu isu di media-media baru. Namun kebebasan media baru juga tidaklah sebebas mana kerana masih lagi tertakluk dibawah akta komunikasi.
Kalau kita selusuri sejarah dan ketamadunan dapat kita lihat bagaimana sesuatu kerajaan yang menguasai dan mengawal akhbar akan tumbang akhirnya. Kesatuan Soviet yang berkuasa pun tumbang bila rakyat menolak. Begitu jugalah regim Suharto dan ini menjadi ingatan kepada UMNO. Kebenaran itu terlalu kuat, ia tidak mampu digoyang, dipatah, dibakar, dilupus, dicincang atau dikambus. Walaupun cuba disorokkan, kebenaran itu akhirnya akan terserlah juga.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat49:6)
WHAT GOES AROUND COMES AROUND.....Hu Hu Hu..