Home » , » Pemutihan @ Kebiruan

Pemutihan @ Kebiruan

Salam
Sebelum ini pendedahan mengenai kegiatan memberikan kerakyatan kepada pengundi, didakwa berlaku di Sepang, Hulu Selangor dan Shah Alam tetapi telah dinafikan oleh pihak-pihak yang terlibat. Namun penafian yang dibuat tidaklah membuktikan yang bahawasenya perkara tersebut tidak berlaku. Bila ada petuduhan pasti akan ada penafian. Bukankah itu sesuatu yang sudah menjadi lumrah. Namun pendedahan yang terbaru ini lebih agak mengejutkan.


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin hari ini mendakwa, BN sedang "menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing." Zuraida Kamarudin juga mendakwa, beliau mempunyai bukti dan saksi bahawa usaha itu dijalankan melalui program pemutihan 6P yang sedang berjalan. Wah ! semakin panas isu ni nampaknya. Apakah perkara yang didakwa itu berlaku ? Pada akulah kalau betullah seperti yang didakwa berlaku ini seumpama mengadaikan kedaulatan negara.



Aku nak sentuh pula tentang bukti terbaru yang dikemukakan. Jika pun memerlukan sesuatu aku janji atau ikrar taat setia bagi menjadi rakyat Malaysia pandangan aku ayat yang berbunyi "Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO / Barisan Nasional (BN)" adalah tidak wajar dan sememangnya tidak patut dimasukkan ke dalam lafaz tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawasenya ia seumpama membawa maksud tersirat seperti ucapan "You help me, I help you" .

Dan menurut Zuraidah surat ini didapati daripada program pemutihan 6P. Jika benarlah seperti yang didakwa perkara ini jelas-jelas menunjukkan jabatan-jabatan kerajaan digunakan untuk kepentingan tertentu. Memanglah Umno/Bn tu kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang ni tapi itu tak bermakna setiap jabatan kerajaan itu bekerja untuk Umno/Bn. Setiap jabatan kerajaan adalah di bawah Kerajaan Malaysia bukan dibawah kerajaan Umno/Bn. Umno/Bn adalah parti politik yang hanya diamanahkan untuk menjadi kerajaan oleh rakyat Malaysia. Berbeza definasi antara Kerajaan Pemerintah dgn Parti Politik yang memerintah.

Pandangan akulah sebagai rakyat Malaysia yang memang dilahirkan di Malaysia beserta dengan Mak bapak aku, datuk-datuk aku, moyang-moyang aku (memang orang Malaysialah) sememangnya merasakan adalah tidak wajar perkara ini berlaku sama sekali. Pihak-pihak yang mempunyai kuasa dalam menangani perkara ini mestilah tampil dan melakukan siasatan sama ada memang benar wujud tentang perkara yang didedahkan ini ataupun sebaliknya. Perkara ini menjadi serius apabila ia melibatkan kedaulatan negara dan tidak boleh dibenarkan berlaku.

Pada pihak yang didakwa terlibat dalam isu ini janganlah melatah. Kalau betullah ia wujud LU ORANG NI memang PENGKHIANAT NEGARA lah a.k.a SAMPAH. Yang bersengkokol pun samalah juga x terkecuali. Perkara yang boleh membahayakan negara ni mestilah ditegah. Memanglah kita nak mengatasi masalah PATI di negara kita tapi renungkan balik sedalam-dalamnya dan tanya pada hati kita....Wajarkah perkara ini berlaku dan kenapa mesti berlaku ? Nanti korang akan dapat jawapannya. Di sudut lain pula memanglah kerajaan akan dapat menambahkan pendapatan hasil dari program ni tapi janganlah "Sambil menyelam minum air pulak".......

Kalau pun betul cara ini untuk mengatasi masalah PATI buatlah cara yang betul tanpa kepentingan pihak lain. Lakukannya untuk negara bukan untuk parti tertentu. Pandai ye Umno ....sambil menyelam minum air....tapi taklah bijak mana pun sebab bila banyak sangat minum air maka akan tersedak dan terus x boleh menyelam itupun kalau x mati lemas. Seperkara lagi janganlah jadikan Program Pemutihan ni bertukar menjadi Program Kebiruan pulak........lol ;).
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger