Home » , » DULU.....hitam putih, KINI......audio phonesex, SELAMANYA......mengaib, fitnah dan lucah.....hu hu hu

DULU.....hitam putih, KINI......audio phonesex, SELAMANYA......mengaib, fitnah dan lucah.....hu hu hu

Salam
Di atas adalah gambar VCD yang diedarkan sekitar bulan Jun 2011. Kebanyakannya diedarkan disekitar ceramah dengan cara ditinggalkan di kenderaan dan ada juga yang dihantar melalui pos. Dibawah ini pula aku sertakan sekali video yang diupload ke youtube dan aku percaya isi kandungannya adalah benda yang sama. Tidak ada adegan lucah didalam video ini hanyalah suara-suara seram propaganda umporno dan rakaman audio kononnya dikatakan rakaman perbualan antara si polan dengan si polan. Sejak akhir-akhir ini sudah nampak bagaimana Mat Sabu diserang dengan hebat. Bermula dengan isu Bersih kemudian isu komunis dan kini isu video skandal seks umporno pula. Video ini diupload ke youtube pada 8 September 2011 bilamana isu komunis yang dimainkan oleh Umno/Bn nampaknya sudah memakan diri sendiri.

Jika kita lihat susunan bagaimana video ini dieditkan ia memanglah sejenis video propaganda umporno. Pada awalnya ia menceritakan tentang latar belakang pelajaran serta politik. Kemudian bermulalah rakaman perbualan yang tak berapa jelas disertakan dialog....Hu hu hu

Kononnya rakaman ini dirakamkan pada tahun 1994. Punyalah lama simpan kenapa baru sekarang nak disebarkan. Biasanya kalau benda-benda macam ni cepat umporno gunakan tambah-tambah lagi pada tahun 1995 Mat Sabu ada bertanding dalam pilihanraya. Selepas 4 Pilihan Raya umum barulah benda ni disebarkan.....keh keh keh....rasanya orang dah boleh fikir dah apa yang berlaku dalam politik sejak akhir-akhir ini.

Jika sekadar audio yang x berapa jelaslah bukan susah sangat nak cari orang yang mempunyai suara yang sama. Cthnya kita lihat je penyanyi....berapa ramai yang boleh meniru suara yang sama. Video cap siam pun orang boleh buat inikan video jenis audio ni. Tak canggih langsung....biasalah buat video prono pun hitam putih...inikan video audio..?

Kemudian aku terfikir bagaimana rakaman ini dibuat.....? Rakaman ini kononnya dirakam pada tahun 1994. Adakah menggunakan pita rakaman @ syarikat telekom @ special branch yang merakamkannya.....hu hu hu pelik-pelik.....dan semakin kelakar rasanya....?
Kenapa rakaman audionya percakapan sekerat-sekerat....?
Kenapa tak disiarkan semuanya....?
Nak dengar juga apa lagi yang dibualkan.....
Aku nak buat CABARAN lah apakata cuba buat lagi satu versi tapi versi yang penuhlah....sertakan sekali no tel samaada pemanggil @ yang dipanggil...masa panggilan...sapa yang buat rakaman....bagaimana rakaman dibuat....alah macam cerita ESKAYlah......cungkil laci dengan kunci, jam omegalah..........benda-benda nikan ada direkodkan pendekkata sertakanlah sekali bukti-bukti lain. Kalau SB yang rakam sapa SB tu....macam mana cara rakaman audio ni pendekkata biarlah beserta bukti-bukti kukuh. Kalau jenis yang macam ni lebih kepada propaganda fitnah aje.....he he he he he.......Apa macam ada berani tak sambut cabaran aku ni....macam tu barulah boleh kata ini bukti yang kuat......

Seperkaralagi..........Video ni dah dikeluarkan sejak 8 september 2011 lagi tapi sehingga kini TV3 langsung tak siarkan isu ini.....Teringat pulak aku dulu semasa video versi HITAM PUTIH SIAM disiarkan hampir setiap hari. 30 hari berita 30 hari cerita yang sama tetapi untuk video versi audio ini sekali pun x de........keh...keh...keh......TV3 yang penipu tu pun tak yakin dengan video penipu ni.......hu hu hu

Hu hu hu nanti ada pulak beruk umporno yang kata Mat Sabu pun memang dah kawin dengan si Norma ni....

Aku nak tanya dari sumber mana yang mengatakan Norma bercerai dengan suaminya dan Mat Sabu berkahwin dengan Norma ?... Mat Sabu hanya ada satu isteri sahaja Normah namanya dan Normah tak ada masalah dengan isu ini baik dulu dan sekarang.

Tentang kes video ni dah pun dijawab oleh isteri Mat Sabu iaitu Normah Bt. Alwi sebelum video ini keluar versi VCD lagi. "Fitnah seks: Musuh sengaja tembak peluru busuk, kata isteri Mat Sabu" (Malaysia Insider atau Sinar Harian).

Dibawah ni aku sertakan sekali video propaganda tu. .... tak perlu risau boleh tengok tak de pun adegan lucah sebab blog aku ni bukanlah jenis blog yang menyiarkan video porno.......Hu hu hu memang tak pernah berubah puak-puak Ameno ni.....
Apa nak hairan, mengaib dan memfitnah ni dah jadi makanan & minuman geng-geng Ameno Malaysia. Mana takut dosa dah....Ramai dah hanyut......dan akan terus hanyut.........
Aku tak katalah Mat Sabu ni maksum ke apa tetapi kalau perkara ini benar itu adalah dosa Mat Sabu dengan Allah tetapi jika perkara ini x benar itu adalah fitnah........Hu hu hu.......



Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat49:6)
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger