Home » , » Shah Rukh Khan di India disusukan...anak kat rumah mati kelaparan..hu hu hu

Shah Rukh Khan di India disusukan...anak kat rumah mati kelaparan..hu hu hu


Salam
Aku petik berita ni dari Sinar Harian
Waris tuntut pencen

MUAR - Sepuluh waris anggota polis Bukit Kepong yang terkorban dalam peristiwa serangan pengganas komunis, menggesa Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan agar mempertimbangkan semula pemberian wang pencen sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang terkorban.

Seorang waris, Jamilah Abu Bakar, 65, (gambar) berkata, pemberian wang pencen tersebut bukan sahaja pampasan tetapi juga sebagai hak mereka sebagai waris terdekat, setelah bapa mereka terkorban ketika berjuang mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

Menurutnya, dia menegaskan bahawa sebagai anak atau waris terdekat kepada pejuang tanah air, mereka berhak menerima wang berkenaan, ekoran keringat bapa mereka yang sanggup berjuang mati-matian demi mencapai kemerdekaan.

“Kesemua wira negara ini sudah meninggal dunia lebih tiga puluh tahun lalu, namun sehingga kini tiada sebarang pampasan juga penghargaan.

“Tuntutan ini bukan semata-mata untuk kepentingan peribadinya, namun pemberian itu lebih bererti jika ia dapat digunakan dengan saluran yang sebetulnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Memperingati Pejuang Negara di Balai Polis Bukit Kepong di sini, semalam.

Jamilah anak kepada Konstabel Abu Bakar Daud berkata, dalam peristiwa tersebut dia menyaksikan sendiri keganasan komunis menyerang penduduk.

“Ketika itu saya berusia empat tahun dan walaupun masih kecil, tetapi masih lagi teringat bagaimana komunis membunuh ramai penduduk yang tidak berdosa,” katanya.

Ekoran keganasan itu, ayah Jamilah turut terkena tembakan di bahagian dada sehingga terpaksa menanggung penderitaan lebih 10 tahun selepas itu.

“Saya bukan mahu mengungkit tapi hanya membangkit banyak perkara yang dijanjikan.

“Tidak keterlaluan mengatakan walaupun bapa kami pejuang negara namun jasanya wajar diberikan penghargaan sewajarnya seperti wang pencen dan sebagainya,” katanya yang ditemani anaknya, Raja Zamzura Raja Buntat, 33.

Seorang lagi waris, Rahimah Ibrahim pula berkata, pemberian skim berkenaan setidak-tidaknya bukan sahaja sebagai simbol penghargaan terhadap wira negara, malah sebagai sagu hati kepada anak-anak pejuang Bukit Kepong yang kini terpahat sebagai sejarah negara.

“Bukannya mahu wang berjuta ringgit mahupun darjat kebesaran bergelar datuk, tapi sewajarnya kami menerima skim wang pencen,” katanya.

Ulasan aku

1.  Terima Kasih kepada Mat Sabu kerana membuka cerita Mat Indera yang telah membuka semula cerita yang telah dilenyapkan selama puluhan tahun.

2. Ini sekaligus membuktikan negara kita pernah dijajah oleh British....Kenapa mangsa @ waris bukit Kepong tidak dibela oleh kerajaan Malaysia sehingga kini sebab mereka itu keje dgn British ke....Hu hu hu (Prof Zainal Kling bertaubatlah).

3. Kalau dahulu komunis di hutan yang menyerah diri diberikan pampasan berupa tanah, rumah dan duit kenapa pejuang @ waris peristiwa Bukit Kepong tidak dibela. Apakah pengorbanan mereka tidak dihargai......?

4. Bukan pingat @ darjah kebesaran yang dituntut cukuplah sesuatu sebagai saguhati bagi menghargai pengorbanan mereka.....hu hu hu Shah Rukh Khan pun dapat title Dato........yang terkorban dan rakyat Malaysia yang berjuang bersama British hanya mati katak yang hanya buat filem yang hanya datang sekali sekala diberikan anugerah. Pelik betul cara penilaian nak dapat penghargaan ni ye.

Dah lama dah mangsa @ waris Bukit Kepong ni dianak tirikan ye.....REALITI YANG BERLAKU........

Kesian mangsa dan waris Peristiwa Bukit Kepong yang hidup sehingga kini tanpa pembelaan.....yang ada hanyalah sekadar filem propaganda ala-ala hero yang ditayangkan saban tahun....... Inilah yang dinamakan Kerajaan HIPOKRIT dan mudah lupa....dah 6 Perdana Menteri dan 61 tahun selepas kejadian berlaku..........Hu hu hu
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger