Home » , » Dakwat kekal boleh dipadamkan....PERSOALAN @ AGENDA...?

Dakwat kekal boleh dipadamkan....PERSOALAN @ AGENDA...?

Salam
Dakwat kekal boleh dipadam...?

Sebuah firma antarabangsa yang mengkhusus dalam sistem keselamatan cap jari mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa dakwat kekal yang digunakan oleh pengundi boleh dihilangkan dengan mudah menggunakan pelarut biasa.Menurut syarikat yang berpangakalan di Eropah, dengan pegalaman lebih 25 tahun di lebih 40 buah negara telah menjalankan ujian dengan menggunakan dakwat berkenaan dan hasil penemuaan tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa

Dalam satu demonstrasi kepada The Star, telah ditunjukkan bagaimana dakwat kekal yang dicelup pada jari telunjuk dapat dihilangkan dengan mudah dalam tempoh beberapa minit sahaja dengan menggunakan pelarut biasa yang boleh didapati di kedai menjual barang perkakasan
.
Menurut jurucakap syarikat berkenaan, pelarut tersebut merupakan barang kawalan kerana ia mengandungi argentum nitrat dan tidak boleh dijual secara terbuka di pasaran.
Kontroversi penggunaan dakwat kekal bukanlah perkara baru apabila penggunaannya turut dipersoalkan pada pilihan raya Presiden Afghanistan pada 2004 dan pilihan raya Palestin pada 2005.

“Berdasarkan kajian dalam kedua-dua pilihan raya tersebut pihak kami dapat mengenal pasti bahawa ada pengundi yang berjaya menghilangkan dakwat kekal berkenaan dan pengundi boleh mengundi lebih daripada sekali.
“Dakwat kekal juga boleh digantikan jenis dakwat yang lain dan tempat mengundi tidak dilengkapi dengan peralatan yang boleh mengesan ketulenan dakwat yang digunakan itu katan jurucakap berkenaan,” katanya.
Apa yang lebih dibimbangkan ialah, faktor kesihatan yang mungkin mempengaruhi pengundi kerana dakwat berkenaan mengandungi argentums nitrat yang boleh menyebabkan keradangan.
Jelasnya, penggunaan dakwat kekal juga tidak dibenarkan di Eropah dan Amerika Syarikat.
Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu daripada lapan tuntutan Perhimpunan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 yang mendakwa kaedah tersebut sangat efektif dan mampu menghalang penipuan ketika proses pengundian berlangsung.

Pada 2007, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersetuju untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-12 namun ia tidak digunakan kerana bimbang berlaku penipuan ketika proses pengundian. Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika dihubungi, bagaimanapun enggamemberikan sebarang ulasan berhubung penemuaan syarikat berkenaan.
Beliau berkata perkara tersebut akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen yang ditubuhkan untuk melakukan tranformasi dalam sistem pilihan raya di negara ini.

PERSOALAN...?
MENGAPAKAH PERKARA INI DITIMBULKAN.....?
MAKA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN MELALUI MEDIA YANG DIKUASAINYA PUN MEMULAKAN AGENDA MENANAMKAN MAKLUMAT TANPA MENYEDARI APA SEBENARNYA ISU DAKWAT KEKAL INI......

1. Sebenarnya tak de persoalan pun yang timbul untuk isu ini. Ini kerana tiada siapa pun tahu jenis bahan pelarut apa yang boleh menanggalkan dakwat tersebut. Ada sesiapa tahu larutan apa yang dimaksudkan..? Tak tahulah jika ada pihak yang mempunyai agenda lain.......

2. Kalau yang nak menipu pun hanyalah dari hantu-hantu dan pihak yang menggunakan hantu aje sebab tuntutan untuk dakwat kekal ini disokong dan dipohon oleh pembangkang melalui tuntutan BERSIH....tak de sebab pembangkang nak menggunakan teknologi memadam dakwat tersebut untuk melakukan penipuan pengundian.

3. Aku tak nampak pun apa masalahnya disini .......dari pemerhatian aku ini hanyalah sekadar alasan yang dicari bagi menunjukkan penggunaan dakwat kekal pun tak menjamin 100% pilihanraya itu bebas dan bersih. Tentang kebenarannya itu aku tak berapa pasti sebab kalau ikut sejarah pilihanraya di Malaysia jika pun diluluskan ini adalah kali pertama sistem dakwat kekal digunakan di Malaysia.

HU HU HU...NAK SERIBU DAYA .....KALAU TAK NAK TU MEMACAMLAH DALIHNYA......
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger