Home » , » Mat Sabu-Utusan, Umno Selangor-Mustafa Ali, Umno-Guan Eng...

Mat Sabu-Utusan, Umno Selangor-Mustafa Ali, Umno-Guan Eng...


MAT SABU SAMAN UTUSAN, MUHYIDDIN AKAN MENYUSUL




Salam
Tahniah kepada Mat Sabu kerana mengambil pendekatan ini. Menang atau Kalah di dalam saman ini bukan lagi isunya tetapi apa yang dilakukan ini ialah bagi membersihkan namanya bilamana kenyataannya telah dimanipulasikan oleh Utusan semenjak isu Mat Indera @ Bukit Kepong meletup.

Sepatutnya media mestilah bersikap adil dalam menyiarkan sesuatu kenyataan. Bukan memanipulasikan bagi kepentingan sesetengah pihak. Tanpa memberikan ruang untuk menjawab segala persoalan yang ditimbulkan.

TAHNIAH ABG MAT SABU.....AUTASAN MEMANG DAH MELAMPAU SANGAT DAH......

UMNO SELANGOR SAMAN MUSTAFA ALI


UMNO Selangor hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk 'Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS'.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang bertindak sebagai plaintif di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut writ saman, plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta lain-lain perintah mahkamah berhubung penyiaran artikel itu dalam Harakah edisi 19-21 Ogos lalu.

Mat Zin sebelum itu dilaporkan berkata, tindakan saman itu selepas Mustafa enggan memohon maaf secara terbuka seperti yang diminta UMNO Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan 16 Ogos lepas.
  
"SAYA TIDAK AKAN MINTA MAAF DAN AKAN SERAHKAN BUKTI YANG SAYA ADA DALAM MAKHAMAH NANTI"....TAHNIAH DATO MUSTAFA ALI...BERANI KERANA BENAR.

UMNO NAK SAMAN GUAN ENG 30 JUTA


UMNO akan memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng ekoran tindakannya menuduh parti itu terlibat dalam demonstrasi aman di sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini dan di atas Jambatan Pulau Pinang, 1 Julai lalu.

Tindakan undang-undang juga dibuat berikutan dakwaan Setiausaha Agung DAP itu bahawa UMNO terlibat dalam kejadian cuba membakar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon di sini pada 17 Ogos lalu.

SAMANLAH UMNO GUAN ENG PUN DAH CAKAP "SAYA TAK AKAN MINTA MAAF - KITA JUMPA DI MAKHAMAH".............KITA AKAN TUNGGUUUUUUU.........HU HU HU ...TAHNIAH GUAN ENG TIADA MAAF BUAT UMNO....KEH...KEH...KEH.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger