Home » , » ISA....Ikut Suka Akulah......Hu hu hu

ISA....Ikut Suka Akulah......Hu hu hu

Salam
Perdana Menteri dalam ucapannya mengumumkan bahawasenya Kerajaan akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau ISA dan digantikan dengan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri. Kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan.

SECARA AMNYA AKU MENYAMBUT BAIK PENGUMUMAN YANG DIBUAT TETAPI PADA PENDAPAT AKU SECARA DASARNYA TIADA PERBEZAAN ANTARA UNDANG-UNDANG BARU YANG AKAN DIPERKENALKAN DENGAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI  (ISA) SELAGI ADA KUASA EXECUTIVE SELAIN DARIPADA KUASA MAKHAMAH. INI ADA DISEBUTKAN DIDALAM UCAPAN TERSEBUT. MAKNANYA BUKANLAH DIMANSUHKAN CUMALAH DIGUBAL AJE. STRUKTUR ISA ITU MASIH TETAP WUJUD JUGA.



APA ITU ISA ?
Isa...Internal Security Act diperkenalkan menurut Tengku Abdul Rahman adalah untuk :
- Menentang ancaman Komunis
- Melawan Sukarno (ganyang malaya)
- Tuntutan Filipina ke atas sabah.
Undang-undang ini tiada kawalan. Undang-undang lain memerlukan kehakiman menentukan seseorang itu tersabit bersalah. Namun tidak pada ISA, dimana eksekutif boleh menahan/menangkap/memenjara seseorang mengikut undang-undang ISA tanpa boleh dibantah oleh kehakiman. Undang-undang ini merbahaya kerana boleh disalahgunakan. Peruntukan undang-undang lain di Malaysia sudah cukup untuk menahan mereka-mereka yang disyaki mengancam keselamatan negara. Tahan, soal siasat, dakwa di Makhamah itu adalah prosedur yang betul dan adil. Kita tak boleh tangkap orang sesuka hati tanpa mengikut prosedur seperti diatas.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan akan turut memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. “Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

TENTANG PERKARA INI PUN AKU BERSETUJU TETAPI JANGANLAH JADI SEPERTI MULA-MULA MENJAWAT JAWATAN PERDANA MENTERI DULU......TERINGAT DULU APABILA MENGAMBIL ALIH JAWATAN PERDANA MENTERI PERMIT UNTUK SUARA KEADILAN DIBERIKAN SEMULA LEPAS TU DITARIK BALIK SAMPAI HARI .... KOTAKAN APA YANG DIKATA......!!!!!
 
“Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan,” katanya. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.Najib berkata kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan apa-apa undang-undang yang tidak lagi relevan.

PERKARA INI DAH LAMA DAH DIAMALKAN OLEH NEGARA MAJU.....JADI SEWAJARNYA KITA KAJI DAN PINDA KERANA IA TERTAKLUK DIDALAM PERLEMBAGAAN IAITU HAK RAKYAT UNTUK BERHIMPUN.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus,"......PERDANA MENTERI DATO SERI NAJIB TUN RAZAK.

JIKA AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI  (ISA)  AKAN DIMANSUHKAN BILA NAK BEBASKAN TAHANAN ISA YANG MASIH DITAHAN DI KEMUNTING TU...?
SEBELUM PRU 13 KE @ SELEPAS......?????????
PETANDA PILIHANRAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR.......HU HU HU
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger