Salam
Persoalan yang ingin aku bawa ialah tentang satu undian yang di jalankan oleh Sinar Harian yang berbunyi ORANG MELAYU TIDAK PERCAYA UMNO dan hasil daripada undian tersebut seramai 95% bersetuju manakala hanya 5% sahaja yang tidak bersetuju.
Untuk undian yang dijalankan seperti ini memang banyak pertikaian yang akan timbul hasil daripada keputusan yang dikeluarkan tetapi kita haruslah melihat dari sudut yang berbeza. Jangan kita pertikaikan hasil undian tersebut sebaliknya kita renungkan sedalam-dalamnya apakah maksud yang tersirat disebalik keputusan ini.
Sebagai rakyat Malaysia dan juga orang melayu jika aku diajukan persoalan seperti ini aku juga akan bersetuju dengannya.
Kenapa ?
Kerana Umno telah gagal menyakinkan aku untuk terus mempercayai Umno. Umno hanya gah dengan jasa-jasa yang dah jadi sejarah aje tetapi untuk menuju ke hadapan nampaknya Umno telah gagal. Hanya sibuk nak memperkaya-rayakan DIRI, BINI dan KRONI sahaja tetapi didalam masa yang sama gagal untuk menguruskan negara dengan sebaik mungkin.
Inflasi meningkat secara mendadak. Kos kehidupan juga meningkat dengan mendadak. Harga barangan menjadi tidak terkawal. Memanglah barangan kawalan dikawal harganya tetapi apa yang dirasai oleh rakyat Malaysia ialah peningkatan kos hidup. Perbelanjaan isi rumah terus meningkat dengan kenaikan kos tambahan seperti cukai GST yang diperkenalkan, kenaikan tarif elektrik dan pelbagai lagi perkara-perkara lain.
Jika kita imbas prestasi negara selepas kegawatan ekonomi pada tahun 1998 tidak ada apa pun yang nak dibanggakan. Hutang negara meningkat berlipat-lipat kali ganda kerana kegagalan mengawal defisit yang meningkat. Terkini hutang negara meningkat ke angka 60% daripada KDNK negara.
Hutang kerajaan Malaysia
97 = 90 bilion
98 = 103 bilion
99 = 112 bilion
00 = 126 bilion
01 = 146 bilion
02 = 165 bilion
03 = 189 bilion
04 = 217 bilion
05 = 229 bilion
06 = 242 bilion
07 = 267 bilion
08 = 306 bilion
09 = 362 bilion
10 = 440 bilion
97 = 90 bilion
98 = 103 bilion
99 = 112 bilion
00 = 126 bilion
01 = 146 bilion
02 = 165 bilion
03 = 189 bilion
04 = 217 bilion
05 = 229 bilion
06 = 242 bilion
07 = 267 bilion
08 = 306 bilion
09 = 362 bilion
10 = 440 bilion
Realiti ini dapat dilihat dengan nyata apabila parti pembangkang berjaya menawan beberapa negeri selepas PRU12. Begitu banyak kepincangan didedahkan. Begitu banyak ketirisan berlaku begitu juga aktiviti kronisma. Sebenarnya untuk melihat bagaimana ketirisan berlaku kita hanya perlu berpandukan laporan dari ketua audit negara. Setiap tahun LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA mendedahkan berbillion-billion KETIRISAN/PENYELEWENGAN yg berlaku tapi apa kerajaan buat ? Cakap,cakap...,cakap dan buat bodoh,bodoh,bodoh aje. Salah urustadbir negara (kroni/rasuah/pembaziran) yg berleluasa telah mendedahkan negara ke dalam situasi bangkrup. Hutang negara pun dah ber+++++ dah.
Begitu juga dengan keadaan semasa yang berlaku didalam negara. Bagi aku sesebuah kerajaan itu wajib membantu keseluruhan rakyatnya. Maknanya tidak ada diskriminasi diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Apabila kita menyebut soal perjuangan ia bukanlah pilihan tetapi ketetapan, jika kita berjuang mempertahankan sesuatu tak bolehlah kita pilih-pilih melayu.
Isu tentang kehilangan atau terlepasnya sesuatu aset negara seperti blok minyak L&M, pulau batu putih dan stesen keretapi Tg Pagar melihatkan satu lagi episod yang menyedihkan. Sepatutnya pemimpin negara yang di amanahkan menjaga negara mestilah bijak dalam menangani masalah ini. Sekian lama kita pertahankan tetapi secara tiba-tiba kita kehilangan. Memanglah perkara ini semuanya terjadi menerusi rundingan. Apakah kita tak pandai berunding ? Kenapa kita kena ada give & take sedangkan sesuatu itu adalah hak kita. Renungkan apa yang kita give untuk kita take sesuatu tu. Mengikut sejarah tak pernah pun setiap perjanjian itu menguntungkan kita.
Banyak lagi sebab kenapa orang melayu sudah tidak mempercayai Umno. Malas dah aku nak tulis banyak-banyak. Perkara ini orang melayu kenalah jawab sendiri kenapa ? Sebab kalau tanya aku sampai mati pun aku xkan percaya kepada Umno.....hu hu hu... sorry 2 saylah....but that the reality.....