Home » , » Reformasikan Undi Pos

Reformasikan Undi Pos

 


Salam,
Berikut adalah pendedahan-pendedahan ex army tentang penyalahan undi pos yang berlaku semasa beliau masih berkhidmat di dalam angkatan tentera. Rakaman seperti ini kita tak kan dapat lihat di media-media yang di kuasai oleh kerajaan seperti RTM dan Tv3.

Terkini Malaysia Kini mendedahkan pula pengakuan terbaru yang dibuat oleh bekas-bekas anggota tentera. Berikut adalah artikel yang diambil dari Malaysia Kini seperti yang dikeluarkan hari ini.



Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh'

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

NONEKamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.
Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.
"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.

"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.

NONEMohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.

Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.

Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.

"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.

"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.

Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.

Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."

Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."

NONERisman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.

"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.

Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.

Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.

Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.

Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.
Sumber : Malaysia Kini.

Sudah terlalu banyak siri-siri pendedahan bagaimana proses undi pos ni dimanipulasikan namun belum nampak lagi pihak yang terlibat ingin melakukan sesuatu perubahan bagi memperbetulkan kepincangan yang berlaku. Apakah SPR tidak tahu tentang apa yang berlaku ini @ SPR seperti sudah menjadi Lembu yang dicucuk hidungnya ataupun SPR sememangnya bersekongkol dalam perkara ini ? Siri-siri pendedahan ini jelas menunjukan yang pihak tentera pun terlibat dalam isu ini tetapi bukan semualah yang terlibat hanya orang-orang tertentu. Kemunculan dan tuntutan BERSIH didalam isu ini memang ada asasnya. Bagi yang berani kedepan untuk mendedahkan kepincangan ini TAHNIAH lah aku ucapkan. Masih belum terlewat lagi untuk kita memperbetulkan keadaan.

Aku berharap pihak SPR janganlah membutakan mata dan memekakkan telinga aje selepas pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan ini oleh mereka-mereka yang terlibat baik secara langsung @ tidak, dan aku merasakan setiap pihak yang bertanding pun akan berpuas hati dengan apa pun keputusan pilihanraya jika padang yang disediakan samarata. 
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger