Salam,
Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."
ALAT YANG MACAMMANA TU.....DIBAYAR KE.....?
"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.
BILALAH PULAK HANG PI PERIKSA....HANG PERIKSA MACAM MANA....?
KALAU SETAKAT HANG DIAL NO LEPAS TU TANYA DARI PEJABAT HANG ITU BUKAN PERIKSA NAMA DIA. ITU TANYA TAPI X TAULAH TANYA SAPA...? DAN ORANG YANG DITANYA TU PUN MUNGKIN X TAU APA-APA.
"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.
HU HU HU.....NAK BUKTILAH PULAK....DAH BERAPA BANYAK PENDEDAHAN DAH....BUKAN SETAKAT 4 ORANG NI AJE....BUKTI BERGAMBAR MEMANGLAH X DER TAPI BUKTI STATEMENT DARI ORANG-ORANG YG TERLIBAT BANYAK. KALAU SETAKAT SEORANG YANG BONGKARKAN MUNGKINLAH DIA JADI ALAT TAPI KALAU DAH RAMAI YANG BONGKAR DAN MEREKA SEMUA ADALAH BEKAS-BEKAS ANGGOTA TENTERA.....ITU NAMANYA SOMETHING IS NOT RIGHT ABOUT THE SYSTEM.
Macammana pihak tentera boleh terus menafikan dalam masa yang singkat. PENAFIAN BERDASARKAN APA....?
HELLOOOOOOO...!!!!! korang punya ENJIN JET yang besar yang diletakkan dibawah kawalan pun boleh hilang sampai hari ni tak selesai-selesai lagi....jadi jangan buat malulah. Bukan penafian yang rakyat inginkan, rakyat inginkan penambahbaikan sistem yang nampak kepincangan. Perkara yang sudah berlaku sudah tidak boleh nak diubah semula tetapi perkara yang belum berlaku masih boleh diperbaiki.
Sepatutnya Angkatan tentera Malaysia kenalah duduk dan berbincang dengan SPR bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Kelemahan sistem yang digunapakai oleh kitalah yang menyumbang kepada berlaku xtvt pemanipulasian undi Pos. Tak perlu melatah dalam perkara ni. Selesaikan dengan sebaik mungkin. REFORMASIKAN UNDI POS & JANGAN KHIANATI AMANAH RAKYAT.