Home » , » Melayu terpinggir di P.Pinang......Salah siapa....?

Melayu terpinggir di P.Pinang......Salah siapa....?

Salam,
Isu berkenaan orang melayu terpinggir di Pulau Pinang sering kali di mainkan oleh Umno dan dibantu oleh sekutu-sekutu kuatnya menggunakan media utama. Seringkali digambarkan di media yang orang melayu Pulau Pinang dipinggirkan setelah Pakatan Rakyat merampas negeri tersebut. Tetapi sedarkah Umno siapakah yang selama ini memerintah Pulau.Pinang ? Umum memang mengetahui yang Pulau Pinang sememangnya di perintah oleh Parti Gerakan iaitu salah satu parti komponen Barisan Nasional dan umum juga mengetahui yang parti Umnolah yang menentukan hala tuju pemerintahan yang diasaskan Barisan Nasional.

Selama 54 tahun Pulau Pinang boleh dikatakan di perintah oleh Umno. Sehinggakan jawatan Perdana Menteri sendiri pernah diwakili oleh wakil dari Pulau Pinang. Sering kali kita dimomokkan dengan propaganda orang melayu terpinggir di Pulau Pinang setelah negeri tersebut dirampas oleh Pembangkang. Tapi pada pendapat peribadi aku itu hanyalah merupakan tuduhan yang amat dangkal sekali. Kenapa aku berkata begitu. Pulau Pinang diperintah DAP (Pakatan Rakyat) hanyalah sekitar 3 tahun sahaja. Apa yang mampu dibuat oleh DAP sehingga menyebabkan orang melayu terpinggir. Apakah yang dilakukan Umno selama lebih 50 tahun memerintah Pulau Pinang.?



Apakah yang dilakukan selama ini oleh Umno sehingga menyebabkan propaganda yang sering dimainkan iaitu orang melayu Pulau Pinang terpinggir ? Terlalu hipokrit apabila menuduh Pakatan Rakyat iaitu DAP yang kini memerintah Pulau Pinang yang menyebabkan orang-orang melayu terpinggir. Hakikatnya, Melayu Pulau Pinang memang telah mundur semenjak dari Merdeka lagi, iaitu sepanjang-panjang Umno memerintah Pulau Pinang. BAGAIMANA BENIH DISEMAI BEGITULAH HASILNYA DITUAI.....tak gitu.




Kedudukan orang Melayu Pulau Pinang yang terpinggir adalah HASIL KERJA TANGAN UMNO yang selama ini mengabaikan serta tidak mampu membangunkan ekonomi serta taraf hidup orang Melayu di Pulau Pinang. Kejayaan Umno di Pulau Pinang hanyalah di dalam mengkayakan KRONI dan UMNOPUTRA (KIMMA) sahaja. Setelah puas menjaja isu perkauman kini Umno menggunakan pula isu keagamaan kononnya hendak menunjukkan agama islam telah ditindas. Aku malas nak ulas soal isu fatwa yang dikeluarkan kerana aku dah buat post tentang perkara itu sebelum ini. Kalau korang rajin scroollah posting-posting yang lepas.

Antara perkara yang nyata diantara pemerintahan BN dan Pakatan Rakyat adalah peruntukan kepada hal-ehwal agama Islam :
Perbandingan peruntukan Kerajaan Negeri untuk hal-ehwal agama Islam
2008 (BN) - RM12.5 juta
2009 (PR) - RM20.5 juta
2010 (PR) - RM24.3 juta
2011 (PR) - RM33.3 juta
Jika dilihat dan difikirkan semula dari data di atas memang jelas dan nyata Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang sekarang lebih perihatin dengan kegiatan hal-ehwal agama Islam dengan jumlah peruntukan yang diberikan. Disini dimanakah diskriminasi agama yang diperkatakan itu.

Banyak lagi kejayaan yang telah berjaya di bawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam membangun negeri tersebut. Contohnya menerima pelabur tertinggi dan diikuti oleh Selangor. Ini jelas menunjukan yang bahawa sistem yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sangat berkesan dalam mentadbir negeri. Bayangkanlah jika perkara ini direalisasikan sehingga ke Putra Jaya.

Begitu juga dengan perkara-perkara kebajikan dalam membantu rakyat. Banyak perkara disembunyikan dari pengetahuan umum. Hanya perkara yang dikirakan dapat memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat sahaja digembar-gemburkan. Perkara-perkara membantu rakyat tidak pula dimainkan. Nampaknya disini negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih efisien daripada Kerajaan yang telah memerintah Malaysia lebih daripada setengah abad.

Tetapi sekiranya anda mahu mengajar BN agar lebih menghormati rakyat Malaysia, agar melihat rakyat kini sudah bangkit menentang kerajaan yang zalim, inilah masanya untuk mengheret Barisan Nasional ke kaki-kaki rakyat marhain. Sesungguhnya kerajaan itu adalah pelayan kepada rakyat!



CARANYA :

Berikan kemenangan kepada PAKATAN RAKYAT. SELAMATKAN MALAYSIA.





Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger