Home » , » Program Rapat Rakyat - 4 Disember 2011

Program Rapat Rakyat - 4 Disember 2011


Salam
Dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Antara intisari ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat :

  • ‎- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau yakin Selangor di bawah pemerintahan beliau lebih baik dari Selangor 3 tahun dulu.
  • - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - "Kita (PAS) tak jadi alat untuk DAP, tapi Umno yang jadi alat untuk MCA"
  • - Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang - "Untuk menegakkan sebuah negara yang adil, kepimpinan hendaklah berlandaskan kepada Islam. Mesti ikhlas dan bertanggungjawab. Tapi Umno sendiri yang menghilangkan jati bangsa Melayu, mendahulukan Melayu tapi membelakangkan Islam" .
  • - Lim Kit Siang - "Kami (DAP) memang sokong seratus peratus agama Islam adalah agama rasmi negara ini"
  • - Lim Kit Siang - "Beri peluang PM Datuk Seri Najib menjadi pemimpin parti pembangkang selepas PRU -13 untuk membawa lebaran baru kepada pemerintahan yang adil"
  • - Anwar Ibrahim "Tahun ini perhimpunan agung Umno yg terakhir, selepas pilihanraya, Dato Najib automatis jadi ketua pembangkang".
  • - Datuk Seri Anwar Ibrahim - "Muhyidin dan Najib kata akan tawan Selangor, saya akan jawab kamu boleh impikan untuk tawan Selangor, tapi kami akan tawan Putrajaya!"

Gambar-gambar sekitar Program Rapat Rakyat Pakatan Rakyat.

Kehadiran orang ramai menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat walaupun didalam suasana hujan









Dibawah ini adalah antara sedutan ceramah yg disampaikan. Buat masa ni belum ada video penuh yang dah diuploadkan dan jika ada nanti akan diupdatekan......



















Gendang perang telah dipalu.....
 
ULAM TEPUS BERSAMBAL CUKA,
KUAH KUHIRUP BEGITU RAKUS, 
BIAR MAMPUS MEREBUT PUSAKA, 
DARI HIDUP BERGELAR DAYUS
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger