Home » , » Najib akui penyokong BN kebanyakkannya buta IT dan segelintir buta perut..

Najib akui penyokong BN kebanyakkannya buta IT dan segelintir buta perut..

Kata Najib pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini “Kita masuk pilihan raya kita nak menang, apatah lagi di Wilayah Persekutuan... kita tak mahu BN jadi parti luar bandar, orang bandar tak sokong BN.

“Saya tidak mahu BN parti yang disokong petani, nelayan... kita nak BN disokong semua golongan termasuk di kota raya Kuala Lumpur,”

Apa yang tersirat dalam kenyataannya itu ialah UMNO dan BN hari masih kekal berkuasa kerana disokong oleh para Petani dan juga Nelayan.

Sebab utamanya ialah golongan tersebut kebanyakkannya tidak tahu atau tidak mampu untuk mendapatkan berita alternatif dari media baru melalui internet.

Jadi apa yang disiarkan oleh Media tunggangan UMNO samada oleh TV3 mahupun RTM tidak lupa juga Utusan itulah berita yang dipercayai mereka..

Oleh itu mereka masih kekal menyokong UMNO/BN kerana mereka hanya mengetahui dan mempercayai propaganda yang memperbodohkan mereka yang sering disiarkan oleh Media yang ditunggangi oleh UMNO itu.

Manakala segelintir lagi penyokong UMNO yang boleh atau mampu melayari internet.. mereka tidak buta IT tapi 'Buta Perut'!! kah..kah..kah..

Bukan saja 'Buta Perut' malah 'Buta Hati' juga kerana gagal melihat apa yang jelas segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN..

Najib: BN jangan hanya jadi parti luar Bandar

KUALA LUMPUR, 9 Okt ─ Dalam mesej mahu menawan semula kerusi-kerusi tewas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Najib Razak mahu Barisan Nasional (BN) menjadi parti diterima setiap lapisan masyarakat, bukan hanya disokong pengundi luar bandar.

“Kita masuk pilihan raya kita nak menang, apatah lagi di Wilayah Persekutuan... kita tak mahu BN jadi parti luar bandar, orang bandar tak sokong BN.

“Saya tidak mahu BN parti yang disokong petani, nelayan... kita nak BN disokong semua golongan termasuk di kota raya Kuala Lumpur,” kata Perdana Menteri pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008 BN hanya menang di satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang memperuntukan 11 kerusi.

Malah ia juga kalah banyak kerusi Parlimen di kawasan bandar di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN menegaskan “musim telah tiba, gendang pilihan raya sudah dipalu dan kita semua dapat merasainya.”

“Dengan ini bererti bahawa kesediaan kita bertambah lebih mantap kerana kita ibarat nak turun di medan perang, maka kita tentu nak menang bukan nak kalah.

“Untuk menang kita perlu buat persiapan untuk tentukan tahap kesediaan kita, tahap siap sedia kita. Kita mesti buat persiapan menyeluruh dari segi anggota dan yang paling penting kita jangan cipta masalah... jangan buat masalah,” kata Najib.

Tegas Najib, meskipun BN mempunyai kekuatan luar biasa berbanding Pakatan Rakyat, namun masalah yang ditimbulkan dalam kepimpinan parti boleh menyebabkan parti pemerintah itu tewas.

Jelas beliau, semua anggota dalam BN perlu ketepikan masalah dalaman parti dan memberikan tumpuan untuk membantu memenangi pilihan raya umum ke-13.

“Ini adalah asas, kekuatan adalah anggota-anggota kita... cuba bayangkan dalam setiap Parlimen di kalangan penyokong kita di setiap peti-peti undi anggota BN, berapa ramai merupakan penyokong kita?

“Kita ada kekuatan luar biasa tapi kalau kita terus ada masalah dalaman, misalnya kalau kita nak letak calon pasti menang, ini formula terbaik, sebab kalau nak menang kita mesti letak kriteria calon yang boleh menang tapi kalau kita dah tentukan, janganlah ada pula orang yang tidak setuju dan ia nanti akan beri kesan kepada kita,” katanya.

Justeru Najib menasihatkan supaya semua masalah dan perbalahan dalam parti diketepikan demi masa depan BN dan juga negara.

“Ramai yang kata kita boleh menang, ramai orang cakap atas kertas kita boleh menang, tapi itu atas kertas... kalau nak menang buat cara nak menang, jangan berbalah sesama sendiri, jangan ada puak-puak, jangan sabotaj parti sendiri dan jangan tarik tali antara parti komponen BN,” katanya.

The Malaysian Insider
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger