HARI NI AKU NAK JAWAB TENTANG BLOG PRO BN YANG MEMPERTAHANKAN ISU KAPAL ISRAEL YANG BERLABUH DI PORT KLANG HANYA BERLANDASKAN ALASAN BENDERA YANG DIKIBARKAN KAPAL TERSEBUT ADALAH BENDERA LIBERIA.
KASI PANAS!! Benarkah Kapal Israel memasuki Malaysia? Penjelasannya..
Beberapa blog pro pembangkang termasuk
malaysiakini.com hari ini melaporkan berita tentang kemasukan dua buah
kapal israel di Pelabuhan Barat , Pelabuhan Klang.
Berikut adalah sebahagian petikan laporan dari malaysiakini.com
Bukti video, kapal Israel di Pelabuhan KlangNGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.Untuk berita penuh sila ke http://www.malaysiakini.com
Untuk
pengetahuan rakyat Malaysia sekalian, untuk entry kali ini kami akan
jawab terlebih dahulu pembohongan paling utama pencacai-pencacai PKR
sepertimana tulisan yang kami merahkan diatas, iaitu kapal tersebut
adalah kapal israel. Kemudian kami akan susuli dengan penjelasan
mengenai kehadiran kapal tersebut di Pelabuhan Klang dalam entry
seterusnya.
dan bla..bla..bla..bla...bla..bla...aku malas nak copy paste buat menyemak jer...kalau nak baca...boleh dibaca di SINITernyata di sini penulis blog tersebut cuba menyembunyikan satu fakta yang penting...
Disebabkan pendaftaran kapal ZIM U.S.A ini didaftarkan di Liberia ia tidak menjadikan kapal ZIM U.S.A ini bukan milik Israel.
Tetapi sebenarnya kapal ZIM U.S.A ini mula2nya memang didaftarkan di Israel tetapi telah ditukar pendaftarannya. Alasan penukarannya itu aku tak pasti
Data-data ini bolehlah dirujuk dengan klik vassel's detail's di SINI
Dulu kita pernah dikejutkan dengan pendedahan bila mana ada kapal yang berlabuh di Port Klang mengibarkan bendera Israel dan kita tahu bahawa sentimen anti Israel begitu kuat di Malaysia. Mungkin disebabkan sikap penduduk dunia yang prejudis anti-Israel dan ini memungkinkan alasan penukaran pendaftaran adalah untuk mengelabui mata sahaja tetapi hakikatnya berbeza. Dan jika ia terus berdaftar di Israel undang-undang maritim menetapkan setiap kapal yang ingin berlabuh di sesuatu negara kapal tersebut dikehendaki mengibarkan bendera Israel tetapi dengan menukar pendaftarannya kapal tersebut akan mengibarkan bendera negeri pendaftaran barunya. Segalanya masih lagi menjadi tanda tanya dan seperkara lagi walaupun Kapal ZIM U.S.A ini tak mengibarkan bendera Israel tetapi bendera Liberia ia tetap tidak menjadikan Kapal tersebut milik Liberia.
P/S : Kargo yang dibawanya pun direct dari Pelabuhan Haifa ke Port Klang.....jadi janganlah spin.