Home » , » PRU 13 - Mungkinkah Perlis bakal di tawan PR ?

PRU 13 - Mungkinkah Perlis bakal di tawan PR ?


Perlis merupakan kubu kuat UMNO di utara yang menjadi satu-satunya negeri yang tidak ditawan Pakatan Rakyat pada PRU12. Bagaimanapun melihat kepada situasi politik semasa, Umno/BN juga berdepan masalah besar untuk mengekalkan Perlis dalam gengaman Umno/BN. Faktor utama yang menjadi ketakutan dan kegusaran pimpinan Umno/BN untuk mengekalkan sokongan dikalangan orang Melayu adalah perbalahan berterusan antara pemimpin utama UMNO Perlis iaitu bekas MB Sahidan Kasim dengan MB sekarang Mat Isa Sabu yang disokong Radzi Sheikh Ahmad. Ada pendapat yang berpendapat perbalahan tersebut tidak memberi kesan kerana ianya hanya melibatkan perubahan undi 5 – 10% sahaja. Jika di negeri lain angka tersebut mungkin tidak memberikan apa-apa impak, tetapi angka 5-10% itulah yang akan mempengaruhi kemenangan sesorang calon kerana jumlah pengundi untuk setiap DUN di Perlis adalah kecil.

Jumlah pengundi untuk satu-satu DUN di Perlis hanya 6 ke 10 ribu sahaja. Jika perubahan undi sedikit sahaja akan menyebabkan calon BN boleh tersungkur. Contohnya, DUN Baseri yang mempunyai lebih 7000 pengundi. Majoriti BN adalah hanya 1111 pada PRU 12. Jika 10 % undi beralih kepada PR maka ini akan menyebab calon BN akan tumbang ditambah pula dengan pertambahan pengundi baru.

Ini adalah salah satu sebab yang disedari oleh pimpinan Umno bilamana Presiden UMNO semasa kePerlis baru-baru ini telah menasihatkan semua pemimpin UMNO ini berhenti bertelagah . Beliau tentunya sudah mempunyai maklumat risikan berkenaan seriusnya masalah kepimpinan UMNO di Perlis.
Inilah juga sebabnya , MB Perlis mengeluarkan kenyataan supaya kakitangan kerajaan termasuk guru-guru tidak terpengaruh dengan kempen PR di Perlis. Kerana apa? Kerana jumlah pengundi yang kecil di Perlis. Undi kakitangan kerajaan juga boleh mempengaruhi dan menentukan kemenangan.

Walaupun 11 kerusi DUN di Perlis mempunyai jumlah pengundi Melayu melebihi angka 80% , namun ia tetap mengusarkan BN kerana PAS mempunyai purata sokongan 30 hingga 55 % pengundi di setiap DUN.
PAS Perlis tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan DUN Sanglang yang merupakan kubu kuat PAS di Perlis. Malah , Simpang Empat juga boleh dipertahankan dalam PRU 13 akan datang.
Selain itu, PAS juga berpeluang menang di Guar Sanji, Kayang dan Santan. Perlu diingat PAS pernah menang di Guar Sanji dan Santan semasa PRU 1999. Memandang jumlah pengundi yang kecil untuk setiap DUN di Perlis, tidak mustahil sedikit sahaja undi beralih PAS akan menang di tiga kerusi ini. Ramai yang berpandangan jika UMNO Perlis terus bermasalah, Parlimen Arau akan dimenangi PAS pada PRU 13.

Faktor undi bukan Melayu di Perlis juga memainkan peranan agak penting dalam menentukan kemenangan. Semasa PRU 12 , PKR mempunyai masalah mencari pemimpin berkaliber yang berani bertanding untuk PKR. Namun, kini masalah itu tidak timbul malah PKR Perlis sudah tersusun organisasinya untuk menghadapi PRU 13. Dapat dilihat juga semasa PRU 12, undi orang Cina meningkat tapi ianya terlalu kecil , tidak lebih 50% . Inilah sebabnya, DUN Indera Kayangan masih dimenangi BN. Keadaaan berbeza kini apabila keyakinan pengundi bukan Melayu kepada PR meningkat sama seperti negeri lain. Pastinya memberi peluang PR amat cerah untuk merampas DUN Indera Kayangan yang mempunyai pengundi bukan Melayu lebih 50%.

Jika berlaku lonjakan undi bukan Melayu kepada PR melebihi atau sekitar 65% , DUN Titi Tinggi dan Baseri yang pengundi Bukan Melayunya melebihi 20% juga akan jatuh ke tangan PR. Kedua DUN ini mempunyai jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR antara 35 – 40 %. Bagi kerusi DUN Kuala Perlis , walaupun mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 25%. Kemenangan PR sukar kerana sokongan pengundi Melayu kepada PR hanya sekitar 25 - 30% sahaja namun ianya tidak mustahil akan tembus. Justeru itu , BN berhadapan dengan bahaya tumbang di 8 kerusi daripada 15 kerusi DUN dan 2 kerusi parlimen Arau dan Padang Besar. DUN dalam bahaya ialah :

1. Sanglang
2. Simpang Empat
3. Guar Sanji
4. Santan
5. Kayang
6. Indera Kayangan
7. Titi Tinggi
8. Baseri

Wagaimanapun , PRU 13 di negeri Perlis sebenarnya masih terbuka samaada kepada BN ataupun PR berikutan jumlah pengundi yang kecil di setiap Dun. Perubahan @ pergerakan undi yang kecil sahaja mampu menumbangkan sama ada calon BN atau PR. Keberkesanan gerak kerja parti, prestasi wakil rakyat dan calon yang diketengahkan berserta isu-isu semasa yang hangat diperkatakan bakal menentukan samaada Perlis bakal ditawan PR ataupun kekal kepada BN
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger