Home » , » HUDUD ...antara HUKUM dan PERLAKSANAANNYA di Malaysia.....?

HUDUD ...antara HUKUM dan PERLAKSANAANNYA di Malaysia.....?

Salam
Isu hukum HUDUD yang ingin dilaksanakan oleh PAS di Malaysia sebenarnya sudah terlalu lama dibawa namun sejak akhir-akhir ni isu ini semakin panas semula. Sebenarnya tanggungjawab perlaksanaan hukum hudud ini bukanlah semata-mata terletak di bawah tanggungjawab PAS sahaja. Ia adalah tanggungjawab pemerintah dan sebagai seorang yang beragama Islam sudah semestinya menjadi tanggungjawab kita untuk menegakkannya. Ini termasuklah sekali kepada parti-parti yang memerintah @ parti-parti yang ingin menjadi pemerintah mengusahakannya. Kita juga sedia maklum yang PERLEMBAGAAN negara telah menetapkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Jadi secara teorinya masyarakat yang menganut agama Islam merupakan majoriti penduduk di Malaysia. Umum juga sudah sedia maklum (terutama masyarakat yang beragama Islam) apa itu hukum hudud jadi bukan soal hukum hudud yang ingin dibicarakan disini tetapi perlaksanaannya hukum Hudud iaitu di Malaysia.

PERSOALAN...

Apakah hukum HUDUD boleh dilaksanakan di Malaysia ?
TAK BOLEH sebab bertentangan dengan PERLEMBAGAAN Persekutuan.
BOLEH tetapi dengan meminda PERLEMBAGAAN Persekutuan.

PERLEMBAGAAN

Jika melihat kepada kekangan PERLEMBAGAAN di Malaysia Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan PERLEMBAGAAN negara Malaysia.

Rang Undang-undang hukum hudud tidak boleh diwujudkan/diluluskan kerana:-

1. Bertentangan dengan Senarai 1 & , Jadual 9, PERLEMBAGAAN Persekutuan. Undang-undang Persekutuan yang wujud mengenai kesalahan-kesalahan jenayah dan hukuman-hukumannya yang berkuatkuasa iaitu Penal Code [Akta 574] yang terpakai kepada sesiapa sahaja (tanpa mengira keturunan dan anutan agama) yang melakukan kesalahan jenayah di Malaysia. Undang-undang ini turut menyenaraikan juga kesalahan dan hukuman zina (dengan keizinan wanita itu) sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 375 (c). 375(d), 375(e) ataupun 375(f). Kesalahan jenayah di bawah Seksen 375 ini boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun tetapi tidak lebih 20 tahun, dan hendaklah dikenakan sebatan sebagaimana dinyatakan di Seksyen 376.

2. Bertentangan dengan Undang-undang Persekutuan iaitu Akta Makhamah-makhamah Syariah (Bidangkuasa Penghakiman Jenayah) 1956 [Akta 355] yang menghadkan kuasa Makhamah Syariah menjatuhkan hukuman di atas kesalahan-kesalahan jenayah Islam seperti zina, berkhalwat, minum arak, tidak berjumaat, tidak berpuasa, perkara bertentangan akidah dsb. Hukuman yang ditetapkan tidak boleh lebih daripada tiga tahun penjara, denda lima ribu ringgit dan sebatan enam kali.

Jika undang-undang 'HUDUD' hendak dilaksanakan terhadap orang-orang Islam di Malaysia, langkah yang harus dilakukan ialah dengan mengemukakan 'rang undang-undang persendirian' (private bill) Hudud ini di Parlimen serta mencadangkan pindaan kepada beberapa bahagian tertentu di dalam PERLEMBAGAAN Persekutuan bagi membolehkan hukum Hudud dilaksanakan di setiap negeri/wilayah persekutuan di Malaysia.
PERLEMBAGAAN persekutuan perlulah di pinda dan untuk meminda PERLEMBAGAAN persekutuan perlulah persetujuan 2/3 ahli di Parlimen dan perkara inilah yang selama ini menghalang hukum Hudud dilaksanakan. 

Nanti ada pulak yang mengatakan bukan semua ahli Parlimen itu beragama Islam macam mana depa nak sokong ? Jawapannya begini kalau ahli Parlimen itu bukan beragama islam pun undi siapa yang menaikkan dia sebagai wakil. Jadi kat sini bukan itu yang menjadi kekangan @ permasalahannya. (KISS- keep it simple st**id).

MASYARAKAT MAJMUK

Perkara ini sering kita dengar dari pak menteri-pak menteri yang ada menyebut tentang penduduk di Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dan perkara itulah yang kononnya menghalang kita dari melaksanakannya.....Hello....... kenapa kita tak merujuk aje kepada majoriti penduduk di Malaysia ini dan seperkara lagi apa yang dicadangkan adalah hukum Hudud ini hanya dilaksanakan kepada penduduk yang hanya beragama Islam. Nanti akan ada pulak persoalan yang dibangkitkan kenapa tak buat untuk keseluruhan penduduk di Malaysia ? Jawapannya begini .....nak laksanakan hanya untuk orang yang beragama Islam pun macam-macam halangan apa lagi nak dilaksanakan kepada keseluruhannya.....pikirlah sikit guna otak tu ye. Ibarat menarik rambut didalam tepunglah....rambut tak putus tepung tak berselerak.

Sesuatu perkara yang tak boleh kita nafikan untuk melaksanakan hukum Hudud di Malaysia perlulah mendapat sokongan keseluruhan masyarakat Islam di Malaysia. Bukan ingin menunding jari kepada mana-mana pihak tetapi melihat permainan @ lanskap politik di Malaysia memang kita tak boleh menafikan ada sesetengah pihak yang jelas-jelas menolak perkara ini. Jika penolakan itu dari bangsa @ agama lain itu bukanlah masalahnya tetapi yang menolak itu adalah dari golongan yang beragama Islam sendiri...Hu hu hu sedihnya.

Kalau difikirkan sebenarnya terdapat berbagai-bagai penyelesaian boleh dilakukan untuk penyelesaian hukum Hudud ini.....aku bagi satu contohlah.....contohnya kita boleh melakukan pengundian (seperti negeri yang ingin merdeka dari sesuatu negara, masih lagi dilakukan di zaman ini) cuma pendekatan ini ditukarkan samaada rakyat di Malaysia bersetuju untuk melaksanakan hukum Hudud di Malaysia. Kita boleh adakan pengundian dan disitu kita boleh lihat keputusan majoriti yang memilih samaada untuk laksanakan hukum Hudud atau sebaliknya dan ini mestilah dipersetujui oleh semua pihak samaada pemerintah atau pembangkang. Hasil dari pengundian itu nantilah yang akan menentukan samaada PERLEMBAGAAN Persekutuan boleh dipinda dan semua pihak kena bersetuju dengan apa yang ingin dilaksanakan.

Pemimpin yang dilantiklah sebenarnya yang perlulah memikirkan bagaimana ingin merundingkan perkara berkenaan hukum Hudud ini agar ia dapat dilaksanakan. Bebannya bukanlah hanya kepada PAS sahaja tetapi kepada PKR, UMNO dan seluruh masyarakat Islam di Malaysia. Nak seribu daya, tak nak beribu-ribu-ribu-ribu dalih. Dan UMNO seperti biasa menggunakannya sebagai modal politiklah pulak bila isu Hudud ini dibangkitkan oleh PAS. Mengikut sejarah tidak pernah sekalipun UMNO duduk semeja berunding dengan PAS tentang perkara Hudud ni, sebaliknya menggunakan segala jentera media kerajaan untuk menyerang PAS. Apa yang dilihat itu hanyalah merupakan  sindrome penolakan sebenarnya....HU HU HU....
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger