Salam,
Kata sesetengah orang lebih baik berkawan dengan ular daripada berkawan dengan Umno/BN. Dan kalau ditakdirkan kami berjumpa antara ular dan Umno/BN kami akan ketuk Umno/BN dulu. Sebabnya UMNO/BN tak pernah nak berubah. Apa yang berubah hanyalah pemimpin dan slogannya sahaja. Sikap dan Sifatnya tetap sama....Dari dulu, kini dan selamanya.
Kami membenci Umno/BN kerana kelakuan Umno/BN itu sendiri. Sebab itulah, bukan kami yang menentukan sama ada kami membenci Umno/BN atau tidak. Umno/BN sendirilah yang menentukannya. Kalau setakat cakap "Umno boleh berubah"...."berubah atau rebah", tetapi perangai makin hari makin BEDEBAH, lagi kuat kami berdoa supaya Allah s.w.t. melak'natkan Umno/BN ni. Setakat hari ni, kelakuan Umno/BN bukan sahaja bertambah jijik, malah kami langsung tak nampak lagi sebarang harapan kelakuan jijik boleh jadi elok.
Kalau nak kata kami benci Umno/BN kerana pembangkang, pembangkang pun kami benci juga kalau kelakuan dia jahat macam Umno/BN atau boleh dibeli dengan gula-gula oleh Umno/BN. Yang kata boleh dibeli dengan gula-gula oleh Umno/BN ialah jenis bodoh dan boleh ditipu hidup-hidup oleh Umno/BN. Dah la dia ditipu Umno/BN, dia tipu pulak orang lain untuk menutup kebodohannya yang boleh dibeli oleh Umno. Jenis ni lagi la tak boleh pakai. Lebih bahaya dari Umno/BN. Ini bukan PEJUANG tapi PEJUWANG....
Dan kalau benarlah ada pihak dalam pembangkang yang disiasat tuduhan ke atasnya oleh pihak berkuasa dok berbaik-baik dengan Umno/BN supaya dirinya atau ahli keluarganya boleh terlepas dari tindakan, jenis tu lah yang paling jahat sekali. Asal diri sendiri atau ahli keluarga yang dipertahankannya selamat, jenis tu sanggup jadi agen Umno/BN sekalipun terpaksa mencacai. Mereka sanggup buat apa saja, termasuk menjatuhkan Kerajaan yang sah. Pendekkata lantaklah apa yang nak terjadi janji aku selamat. Lupa agaknya amanah yang diberikan oleh pengundi. Siapa yang mengangkat dia menjadi pemimpin..?
Dan kalau ada pemimpin pembangkang yang dibiayai oleh syarikat-syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Umno/BN atau polis, jenis tu juga yang paling bahaya sekali. Jenis-jenis tu akan sentiasa tabur paku di atas laluan rakyat untuk menghambat Umno/BN. Kalaulah ada golongan seperti itu, Allah tolonglah tangani puak-puak tu! Sebab lebih mudah menghadapi musuh yang nampak daripada musuh dalam selimut.
Inilah antara sebab kenapa kami membenci dan melawan Umno/BN. Lantaklah kalau orang Umno tak setuju dengan kami sebabnya orang Umno/BN sendiri pun tahu apa kebenaran yang kami katakan ni. Suka ke tak suka TERPULANG. KERAjaan Umno/Be End memang kuat........kuat kencing .....kuat habiskan duit rakyat.....pendek kata kuat la tapi pergi jahanamlah dengan Umno/BN....apa yang paling penting PAKATAN RAKYAT dah cukup kuat untuk kuburkan Umno/Be ENd..........
Kini setelah 4 tahun berlalu selepas PRU12 dan setelah melihat segala kemelut, tekanan dan pencapaian yang sudah, sedang atau yang akan dilaksanakan disamping meneliti dan membandingkan tahap prestasi keseluruhan antara yang ditunjukkan samaada oleh Pakatan Rakyat atau pun Umno/BN secara jujurnya kami tetap akan memberikan undi kami kepada Pakatan Rakyat. Mungkin sesetengah orang akan berkata....."alah kamu memang orang PR sebab tu kamu akan tetap sokong PR". Betul kami akui itu kebenarannya tetapi kami tidak akan menyokong secara membuta tuli. Peluang PR memerintah beberapa negeri telah membuktikan bahawasenya PR adalah alternatif yang lebih baik untuk memerintah Malaysia berbanding Umno/BN.
Kisah negeri Perak yang mencetuskan konflik yang boleh dianggap menjadi satu episod sejarah hitam untuk demokrasi di Malaysia bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan MB pilihan rakyat dijatuhkan oleh makhamah. Berbagai-bagai pemanipulasian fakta dikeluarkan oleh pengampu-pengampu Umno/BN untuk menghalalkan perbuatan merampas kerajaan Perak tetapi satu aje contoh perbandingan yang kami nak berikan dan kami bukanlah pakar perlembagaan tetapi kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku sultan terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan. Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini cukup masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak.
APAKAH PERLEMBAGAAN @ UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK SUDAH BERUBAH SEHINGGAKAN DULU TAK BOLEH KINI DAH BOLEH...? ...Hu Hu Hu....APA PUN X BOLEH......
LIKE Untuk menyokong kami
Bagi negeri Kelantan yang sudah ditadbir lama oleh Pas dapat kita saksikan bagaimana royalti minyak yang sememangnya hak rakyat kelantan terus dinafikan walaupun Ku Li iaitu bekas pengerusi Petronas yang dulu mewakili Petronas yang menandatangani perjanjian royalti minyak antara MB Kelantan dan Petronas menyatakan yang sesungguhnya Kelantan berhak mendapatkan royalti seperti didalam perjanjian yang telah ditandatangani. Banyak juga lagi perkara-perkara yang berbentuk diskriminasi yang dilakukan ke atas negeri Kelantan sehinggakan ada pihak yang menyaman Kerajaan Kelantan kerana mengharamkan judi di negeri itu tetapi yang paling menyedihkan apabila ada pihak bangang yang membuat laporan kepada SPRM mengatakan TGNA rasuah.....budak-budak no otak..!!!!!!
BANDINGKAN AJE TGNA MENJADI MB SELAMA 22 TAHUN DENGAN KHIR TOYO YANG JADI MB SELAMA 8 TAHUN.....Hu Hu Hu KAT SITU AJE DAH JELAS JAWAPANNYA.
Negeri Kedah juga telah membuka mata bagaimana ketirisan berlaku semasa pemerintahan Umno/BN dibongkarkan contohnya isu balak yang cukup memeranjatkan apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah memperolehi RM54 juta setahun untuk hasil balak berbanding RM8 juta setahun semasa Umno/BN memerintah. Begitu juga pendedahan yang dilakukan didalam dewan undangan negeri mendedahkan bagaimana duit syarikat GLC telah digunakan untuk bahagian-bahagian Umno di Kedah. Juga bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah telah berjaya meningkatkan hasil negeri dengan cara berhemah ketika mentadbir negeri serta telah menunaikan hampir keseluruhan janji manifesto pilihanraya.
Begitu juga negeri Selangor & P.Pinang (dua negeri yang dikenakan tekanan dan serangan yang kuat untuk dirampas kembali) adalah contoh terbaik bagaimana pengurusan ekonomi diuruskan dengan cekap dan berhemah. Kerajaan Pakatan Rakyat dapat meneruskan momentum menarik pelburan FDI yang besar untuk masuk melabur ke dalam Selangor & P.Pinang. Berbagai-bagai kebajikan kepada rakyat diberikan. Untuk rekod Selangorlah negeri yang memberikan bekalan 20m3 percuma kepada penduduknya. Begitu juga berbagai-bagai insentif yang disediakan untuk membantu meringankan beban rakyat. Begitu juga dengan kerajaan P.Pinang juga menyediakan berbagai-bagai insentif untuk membantu rakyat. Banyak lagi kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat ketika mentadbir negeri yang boleh dibanggakan berbanding Umno/BN dan perkara ini diakui dalam Laporan Ketua Audit Negara. Itu fakta yang tak boleh dinafikan. Semua bukti-bukti yang terpapar menunjukkan Pakatan Rakyat mampu memerintah negara dengan lebih baik berbanding Umno/BN.
SESUNGGUHNYA BANYAK LAGI KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DALAM MENTADBIR NEGERI-NEGERI YANG DIKUASAINYA.....TAPI MALASLAH KAMI NAK TULIS SEMUA....SEPERKARA JE YANG PERLU DINILAI IAITU KEBAJIKAN YANG DIBERIKAN @ DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TAK PERNAH PUN BERLAKU DI DALAM PEMERINTAHAN UMNO/BN SELAMA 54 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA....
Ada juga yang mengatakan gabungan Pakatan Rakyat tidak mempunyai landasan yang sama. Betul Pakatan Rakyat memang belum mengeluarkan dokumen dasar yang sama tetapi apa yang nampaknya dipersetujui bersama iaitu untuk memerintah dan melaksanakan pemerintahan mengikut seperti yang telah digariskan didalam buku Jingga jika diberi mandat telah menunjukkan hala tuju bagaimana negara ini akan ditadbir. Dari segi wakil rakyat, secara jujur kami merasakan, walaupun sebagaimana buruknya seseorang wakil rakyat Pakatan Rakyat itu Pakatan Rakyat sebenarnya memiliki wakil rakyat yang lebih baik berbanding Umno/BN. Memang Kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat memerintah dengan sempurna. Tapi cuba kita renungkan sedalam-dalamnya dari manakah permasalahan ini bermula. Dan setelah diteliti ternyata permasalahan utamanya bukanlah disebabkan oleh kerana pemerintahan Pakatan Rakyat tetapi suka @ tidak hampir setiap masalah itu adalah berpunca dari cara kepimpinan dan dasar pentadbiran yang lemah yang diamalkan oleh Umno/BN selama 50 tahun mentadbir Malaysia.
SECARA JUJURNYA JIKA PERSOALAN INI DI TUJUKAN KEPADA KAMI, TANPA RAGU-RAGU KAMI AKAN MENYATAKAN PAKATAN RAKYAT ADALAH LEBIH LAYAK DAN LEBIH BAIK UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA BERBANDING UMNO/BN BERDASARKAN KEPADA SITUASI SEMASA YANG TELAH DITUNJUKKAN DAN TELAH DIBUKTIKAN MELALUI PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN. TANPA BOLEH DISANGKAL PAKATAN RAKYAT TERLALU JAUH KEHADAPAN DALAM BANYAK PERKARA UTAMA DAN LEBIH MEMENTINGKAN KEPENTINGAN RAKYAT KESELURUHANNYA. DAN INILAH ALASAN MENGAPA UNDI KAMI TETAP KEPADA PAKATAN RAKYAT.......AKHIRKATA KAMI SERTAKAN SEKALI TIPS @ GAMBAR APA YANG SEWAJARNYA KITA (X) UNTUK PRU13 NANTI..........Hu Hu Hu.....
LIKE Untuk menyokong kami