Turut hadir selaku jemputan khas YB Nurul Izzah ahli parlimen Lembah Pantai yang memberikan ucapan pembukaan sementara menunggu kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim.
Seisi dialog dibuka dengan ucapan daripada Dato Seri Anwar Ibrahim, selsai sahaja memberikan ucapan seisi dialog dibuka. Soalan pertama ditanyakan ialah sekiranya Anwar tiada lagi, siapakah yang akan menggantikannya.
Anwar menjawab “Siapa pengganti saya akan mengikut proses demokratik. Contohnya dalam
Keadilan, sekarang ini ada presiden, Wan Azizah, naib presiden Nurul
Izzah, Fuziah, Surendran, Tian Chua dan ramai lagi. Jangan bimbang. Dan
.. mungkin, siapa tahu akan muncul tokoh baru pula,” jawab Anwar.
Seorang lagi belia minta pandangan dan pendiriannya terhadap
pluralism dan Islam sekular, Anwar menjawab dengan bercerita berkenaan sejarah Islam, kisah sahabat nabi, khalifah dan
sebagainya. Mengambil contoh tentang politik di Turki, Tunisia
dan Mesir serta kisah-kisah malang dirinya. Kesimpulannya... Akidah, undang-undang dan akhlak berbeza...."Yakin kepada agama kita dan menunjukkan rasa hormat kepada agama lain''.
Selepas itu Anwar ditanya pendapat peribadinya mengenai hukum
Hudud dan bagaimana dia bercadang untuk melaksanakannya supaya sesuai
dengan komuniti yang berbilang bangsa.
Bagi menjawab persoalan tersebut Anwar menceritakan mengenai prinsip kebebasan, nilai islam,
mahkamah syariah, sistem ekonomi dan rasuah. Katanya, ''kalau sokong tapi tak faham konsep negara
Islam, payahlah.
Kalau kita yakin dengan Islam kita tak boleh kata Hudud itu tak
ada dalam Quran. Tapi saya sebagai orang Islam, akan pertahankan
undang-undang Islam. Soal perlaksanaannya kita putuskan dalam Pakatan
Rakyat - orang yang menerangkannya biarlah PAS. Orang yang rasa nak menentang, seperti DAP boleh berucap dan
minta jelaskan.. Orang macam saya boleh tolong selaraskan.''
Anwar kemudian diminta memberi pendapat mengenai pendaftaran
pengundi secara automatik. Anwar berkata, dia menyokong pendaftaran
automatik tetapi tidak bersetuju dengan peraturan mewajibkan rakyat
mengundi.
“Untuk mengundi atau tidak adalah pilihan rakyat, tetapi mengikut
perlembagaan mengundi itu adalah hak rakyat, jadi kita mesti
menggunakan hak itu,” katanya.
Soalan paling menarik dilemparkan semasa dialog berkenaan ialah
apabila seorang belia mempersoalkan kandungan mukasurat 6-11 Buku Jingga
di mana statistik yang dipamerkan tidak disokong oleh rujukan dan
bukti.
Katanya, Buku Jingga bukan penerbitan akademik. Ia sekadar menerangkan
dasar Pakatan. Menurut Anwar dia meluluskan penerbitan buku itu kerana
Pakatan yakin apa yang mereka boleh buat.
“Saya setuju kita sepatutnya mengesahkan laporan itu dengan fakta
yang mencukupi. Itulah sebabnya Buku Jingga mesti dibaca bersama
cadangan bajet kami,” katanya.
Kemudian persoalan AUKU dilemparkan Mengapa
sewaktu menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri dia tak
mansuhkan Akta Universiti dan Kolej (AUKU).
“Yang buat akta itu bos saya, Tun Mahathir (Menteri Pelajaran 1971, 1975 Pindaan Mahathir)…tetapi pada 1986 saya
sediakan draf undang-undang pendidikan yang mana dengan sendirinya semua
undang-undang berkaitan termasuk AUKU dimansuhkan. Rang undang-undang
itu tidak diteruskan kerana menteri-menteri selepas itu, Datuk Sulaiman
daud dan Datuk Najib tak berani bawa kerana mereka tahu yang nak
luluskan nanti ialah Mahathir,” katanya.
Kemudia Anwar memilih untuk menjawab 3 soalan yang ditanyakan secara online oleh pembaca dari Facebook.
Soalan pertama Adakah Dato Seri yakin bahawa anak muda bakal menjadi kuasa penentu ke tiga menjelang pilihanraya ? Anwar mengakui peranan generasi muda memang penting dan beliau juga yakin kebangkitan generasi muda yang akan menjadi kuasa penentu untuk PRU 13.
Soalan kedua (soalan yang paling popular ketika ini) bilakah pilihanraya akan diadakan..? Sambil tersenyum Anwar menjawab itu kena tanya Dato Najib dan Rosmahlah...“Kita tahu ia dah dekat dan kita akan berusaha.Kalau kita nak perubahan, saya yakin kita akan menang,”.
Soalan ketiga berkenaan dengan pendidikan percuma. Bagaimana dengan janji PR untuk merealisasikan isu pendidikan percuma. Adakah hanya untuk golongan miskin @ untuk keseluruhan rakyat? Anwar berkata
mereka akan memastikan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti
dan memansuhkan keperluan untuk PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional). Soal memberi pendidikan percuma kita tidak boleh ada diskriminasi, segala kenalah distandardisekan cuma mungkin untuk orang yang kaya kita akan kenakan cukai yang tinggi.
Untuk melihat video dan gambar boleh ke www.fb.me/PRsupporter
Jika Anda Setuju Sila "Like"