Home » , » 3 Tahun Rampasan Kuasa Perak

3 Tahun Rampasan Kuasa Perak



6 Feb: Hari ini genap tiga tahun rampasan kuasa di Perak, menyaksikan kerajaan sah dipilih oleh rakyat menerusi amalan pilihan raya, tumbang akibat kerakusan kuasa Umno-BN. Tarikh ini juga merupakan detik hitam dalam sejarah negara apabila agensi kerajaan diperalatkan  untuk menghalalkan rampasan kuasa tersebut, sekaligus menandakan berkuburnya demokrasi di negara ini.

Sempena memperingati hari berkenaan, pemimpin Pakatan Rakyat Perak bersama para penyokong hari ini berpakaian serba hitam dan berkumpul di bawah pohon demokrasi berdekatan Dewan Undangan negeri.
Pimpinan Pakatan Rakyat diketuai bekas menteri Besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden KEADILAN, Dr Lee Boon Chai.

Kita imbas kembali peristiwa yg berlaku 3 tahun dulu....
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger