Minyak dan gas adalah milik negeri. Ini disebut dalam Perjanjian Malaysia dan sebelumnya Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut, semua hasil bumi adalah milik negeri. Walaupun beberapa perkara lain seperti pertahanan, keselamatan dan dasar luar adalah hak Persekutuan tetapi ugama dan hasil bumi sepatutunya menjadi milik negeri-negeri. Air, balak, tanah, pasir, bahan galian semuanya milik negeri termasuk minyak dan gas. Ini yang dikatakan sumber alam. Oleh itu, ianya 100% milik negeri..bukan 5%, 20% ataupun 50%.
Sekarang ini, Umno mengelirukan kita. Mereka bercakap seolah-olah semua sumber alam kecuali minyak dan gas adalah milik negeri manakala minyak dan gas milik kerajaan persekutuan. Ini tak betul. Ini bercanggah dengan Perjanjian Malaysia. Tapi mengapa Pakatan pun cakap macam BN dan bercakap tentang berapa peratus yang hendak diberikan kepada negeri-negeri?
Minyak dikhabarkan dijumpai di Terengganu lama sebelum 1972, semasa Dato Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman menjadi Menteri Besar Terengganu dan Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Ini hanyalah khabar angin sebab penemuan minyak tidak pernah diumumkan secara rasmi tetapi hanya dibisikkan dikalangan yang berkuasa.
Pasai apa nak sorok? Sebab kerajaan mahu mengetatkan beberapa skru yang longgar sebelum mengumumkan penemuan minyak tersebut. Mereka mahu memastikan minyak ini dipindahkan ke kerajaan Persekutuan. Kalau tidak, 100% daripada hasil minyak ini akan dapat ke negeri Terengganu.
Dalam masa yang sama, mereka menjual minyak kepada pembeli luar.Minyak dipindahkan dari pelantar minyak ke kapal ditengah-tengah laut dan diekspot. Hanya beberapa orang yang tahu…termasuk beberapa pegawai Petronas. Lim Kit Siang mengetahui rahsia ini dan heboh la negara bila diberitahu minyak dicuri dari Terengganu. Ada pemberi maklumat didalam Petronas yang memberitahu beliau. Exxon berkomplot dengan Petronas untuk mencuri minyak Terengganu.
Tidak lama selepas itu, Menteri Besar berkonflik dengan Sultan dan dipaksa meletak jawatan. Dia juga diusir dari Terengganu dan tidak dibenarkan kembali ke Terengganu selagi Sultan masih hidup.
Saat yang paling genting dalam episod ini ialah apabila adik kepada Sultan menyerang pejabat Menteri Besar Terengganu dan mengacukan pistol ke kepala Menteri Besar. Adik kepada Sultan Terengganu ini juga diusir ke Pahang dan hanya kembali ke Terengganu untuk menghadir pengkebumian Sultan Terengganu.
Sementara itu, Tun Razak merancang bagaimana untuk membawa PAS kedalam kerajaan Persekutuan. Pas perlu di neutralkan sekiranya kerajaan mahu merampas minyak Terengganu. Idea untuk menubuhkan Barisan Nasional diwujudkan dan semua parti termasuk PAS, PPP, Gerakan dijemput menyertai Barisan Nasional.
Pada tahun 1973, Barisan Nasional dilancarkan dan PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan. Pada tahun 1974, Barisan Nasional yang baru ditubuhkan ini meluluskan Akta Pembangunan Petroleum dimana minyak dan gas dipindahkan daripada milik kerajaan negeri kepada kerajaan pusat..atau dengan lebih tepat lagi…Petronas.
Untuk mendiamkan negeri-negeri..mereka dibayar 5% royalti.
Kalau kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadap minyak dan gas..mengapa perlu meluluskan Akta Pembangunan Petroleum di Parlimen? Ambil saja la. Tapi mereka tak boleh ambil sebab minyak dan gas adalah milik negeri. Oleh itu mereka perlu meluluskan Akta Parlimen untuk menghalalkan pengambil alihan haram harta negeri
Memang la terdapat tentangan dalam hal ini..terutamanya dari Sabah. Tetapi tentangan ini dimatikan apabila semua yang menentang ini mati dalam kemalangan kapalterbang yang penuh misteri dan tidak dapat dijelaskan sehingga sekarang. Dengar ucapan Ku Li dibawah tentang macam mana pemimpin Sabah terbunuh dalam kemalangan kapalterbang.
Kalau kita nak ikut semangat Perjanjian Persekutuan, Pusat tak boleh ambil apa-apa. 100% adalah milik negeri-negeri. Apa yang Pusat boleh buat ialah dengan mengenakan cukai macam cukai minyak sawit dsbnya. Tak kisah la kalau cukai itu 35% atau 50%. Tapi ianya mestilah berdasarkan cukai keuntungan dari jualan. Kita selalu bercakap tentang Rule of Law..bukan Rule by Law. Akta Pembangunan Petroleum adalah contoh Rule By Law. Mereka meluluskan undang-undang untuk menghalalkan sesuatu yang haram. …....memiliknegarakan harta negeri-negeri.
Kita kena betulkan perkara ini. Yang betul tetap betul..yang salah tetap salah. Kerajaan Pusat mencuri harta negeri sejak 40 tahun lalu dan memberikan 5% daripada pendapatan yang sepatutnya dimiliki 100% oleh kerajaan negeri. Itu realitinya. Lim Kit Siang tahu perkara ini. Dia adalah orang yang mendedahkannya lama sebelum rakyat tahu bahawa minyak digali di Terengganu. Dan Tun Saleh Abas dari Pas juga tahu perkara ini. Dia merupakan “arkitek” yang membuat deraf Akta Pembangunan Petroleum.
cerita ni dipetik dari sini