RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....HU HU HU...
Terima Kasih Kerajaan Umno/Bn kerana akan menaikkan cukai perkhidmatan bagi pengguna telefon prabayar dari 5 % pada masa sekarang kepada 6 % bermula bulan 15 september ini. Kenaikan ini adalah meliputi semua syarikat telekomunikasi di Malaysia.
Jika sebelum ini cukai 5 % yang dikenakan oleh kerajaan diserap oleh pihak syarikat telekomunikasi, tetapi kenaikan kepada 6% ini semuanya akan ditanggung oleh pengguna. Ini bermakna kita sebagai pengguna akan menanggung semua kos sebanyak 6 % itu. Jika kita beli kad prabayar berharga RM 10 kita akan dikenakan caj 6% bermakna kad prabayar RM 10 akan dikenakan harga RM10.60.
Semakin tinggi harga kad prabayar yang dibeli maka semakin bertambahlah nilai cukai itu. Sebagai contoh jika kad prabayar RM 10 akan dikenakan caj RM10.60, kad prabayar RM20 pula akan dikenakan harga RM21.20 dan begitulah seterusnya.
Jadual Harga Kad Reload Baru pada 15 Sept nanti.
Sebenarnya perkara ini samalah seperti kenaikan cukai di KFC, Pizza Hut, Astro dan sebagainya iaitu tertakluk dibawah cukai GST. Kini segala cukai akan diserapkan ke atas pengguna.
Ha ha ha padan muka korang semua...bagi lagi undi kat Umno/Bn......kalau korang nak tau sebab kenaikan ini adalah kerana harga pasaran dunia meningkat.......hu hu hu...sebenarnya tak de kena mengena pun.....Ini adalah contoh terbaik bila mana jika kerajaan yang perihatin dan mendahulukan rakyat ingin menolong rakyat caj ini tak akan dikenakan. Tapi dah slogan rakyat didahulukan....apa-apa rakyat yang kena dulu....keh..keh..keh...
Dibawah ini aku sertakan sekali cara nak buat had prepaid tahan lama.
Tapi perlu di ingat cara camni tak boleh buat lebih 3 kali. Coz Bila lebih 3 kali nanti sistem dorang boleh detect. Bahayalah pulak nanti… Ingat tau, 3 kali sahaja
Korang perlu buat time awal pagi. Malas sangat nak bangun pagi2, Coz time tu sistem top up nie sedang di kemaskini.
cara-caranya…:
1) Beli topup RM 10… gores & ready.
2) korang type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) Tunggu reply, kat skrin akan keluar satu serial number 6 digit, korang salin tau.
4) Pastu korang type < ** REC 10> <123456> masuk kan 6 digit tadi, send 09902
5) pastu diaorag akan reply “insert your topup number“, so korang type 14 digit topup number yang korang beli.
contohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diaorang akan reply;
“ingat ni company opah kau yg punya ? Kerajaan pun dah kenakan cukai 6%, ni kau nak topup 10 hengget nak pakai seumur idup plak!! banyak cantik muka kau. Yang kau undi kerajaan yang suka kenakan cukai sebab apa, kan dah kena....hu hu hu bayar je lah”
TERIMA KASIHLAH KERAJAAN UMNO/BN, NAIKKANLAH LAGI BANYAK-BANYAK LEPAS NI NANTI KITA TENGOK PULAK SAPA YANG AKAN NAIK KE PUTRA JAYA......HU HU HU......