Apabila Jepun menakluki Tanah Melayu, Jepun tidak mahu memberikan kemerdekaan malah KMM diharamkan. Bagaimanapun selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia II, Tanah Melayu masih terus dikuasai penjajah dan tempat Jepun diambil semula oleh British. Faktanya Umno hanyalah ditubuhkan setelah kongress Melayu 1945 iaitu pada tahun 1946 dimana telah terdapat parti progresif yang lebih awal menuntut kemerdekaan.
Umno hanya muncul apabila orang melayu menghadapi projek British yang ingin menjadikan seluruh tanah melayu, yang sebelum ini dibahagikan kepada negeri selat dan bukan selat sebagai satu koloni yang besar sebagai Malayan Union. Pada masa itu barulah umno ditubuhkan dan kemudia berjuang untuk menentang Malayan Union sedangkan sebelum ini telah ada parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan yang terdiri daripada parti progresif dan berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malay (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Islam.
Apabila tertubuhnya Umno, parti-parti politik sebelum ini semakin terpinggir kerana sikap penjajah British yang terus berpihak kepada Umno. Penjajah British memulakan peranannya kerana penjajah tahu, slogan umno dari mula lagi adalah 'Hidup Melayu' bukan seperti parti progresif yang lain. Fakta sejarah ini jarang diperkatakan @ tak pernah pun diperkatakan oleh Umno yang berbangga mengistiharkan kononnya diri mereka sebagai pejuang kemerdekaan sebenar sedangkan sebelum kewujudan Umno, parti politik yang lain sudah pun berjuang untuk menuntut kemerdekaan.
Pada awal tahun 1948, Kerajaan British malaya telah mengambil keputusan untuk mengharamkan gabungan-gabungan PUTERA-AMCJA beserta dengan semua parti-patri komponennya dan memenjarakan beberapa pemimpin utamanya atas alasan kononnya gerakan parti progresif telah berbahaya terhadap British. Hanya Umno sahaja yang tak diharamkan kerana Umno adalah sebuah parti politik yang boleh bekerjasama dengan British dan bersetuju secara amnya dengan dasar yang dibawa oleh British.
Maksudnya disini Erti Kemerdekaan sebenar ialah apa yang telah diperjuangkan dari Parti-parti Progresif, yang berhaluan kiri dan mahu menghalau penjajah bukan yang mahu bekerjasama dengan penjajah seperti Umno. Gelaran haluan kiri ini hanyalah gelaran yang diterbitkan oleh British kerana parti-parti progresif ini menentang British yang sepatutnya gerakan haluan kiri sepatutnya diberikan kepada Umno.