Setelah 3 tahun lebih berlalu selepas PRU12 dan setelah melihat segala kemelut, tekanan dan pencapaian yang sudah, sedang atau yang akan dilaksanakan disamping meneliti dan membandingkan tahap prestasi keseluruhan antara yang ditunjukkan samaada oleh Pakatan Rakyat atau pun Umno/BN secara jujurnya aku tetap akan memberikan undi aku kepada Pakatan Rakyat. Mungkin sesetengah orang akan berkata....."alah kau memang orang PR sebab tu kau akan tetap sokong PR". Betul aku akui itu kebenarannya tetapi aku tidak akan menyokong secara membuta tuli. Peluang PR memerintah beberapa negeri telah membuktikan bahawasenya PR adalah alternatif yang lebih baik untuk memerintah Malaysia berbanding Umno/BN.
Kisah negeri Perak yang mencetuskan konflik yang boleh dianggap menjadi satu episod sejarah hitam untuk demokrasi di Malaysia bagaimana kerajaan/MB pilihan rakyat dijatuhkan oleh makhamah. Berbagai-bagai pemanipulasian fakta dikeluarkan oleh pengampu-pengampu Umno/BN untuk menghalalkan perbuatan merampas kerajaan Perak tetapi satu aje contoh perbandingan yang aku nak berikan dan aku bukanlah pakar perlembagaan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan. Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini cukup masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak.
APAKAH PERLEMBAGAAN @ UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK SUDAH BERUBAH SEHINGGAKAN DULU TAK BOLEH KINI DAH BOLEH...? ...Hu Hu Hu....APA PUN X BOLEH......
Bagi negeri Kelantan yang sudah ditadbir lama oleh Pas dapat kita saksikan bagaimana royalti minyak yang sememangnya hak rakyat kelantan terus dinafikan walaupun Ku Li iaitu bekas pengerusi Petronas yang dulu mewakili Petronas yang menandatangani perjanjian royalti minyak antara MB Kelantan dan Petronas menyatakan yang sesungguhnya Kelantan berhak mendapatkan royalti seperti didalam perjanjian yang telah ditandatangani. Banyak juga lagi perkara-perkara yang berbentuk diskriminasi yang dilakukan ke atas negeri Kelantan sehinggakan ada pihak yang menyaman Kerajaan Kelantan kerana mengharamkan judi di negeri itu tetapi yang paling menyedihkan apabila ada pihak bangang yang membuat laporan kepada SPRM mengatakan TGNA rasuah.....budak-budak no otak..!!!!!!
BANDINGKAN AJE TGNA MENJADI MB SELAMA 22 TAHUN DENGAN KHIR TOYO YANG JADI MB SELAMA 8 TAHUN.....Hu Hu Hu KAT SITU AJE DAH JELAS JAWAPANNYA.
Negeri Kedah juga telah membuka mata bagaimana ketirisan berlaku semasa pemerintahan Umno/BN dibongkarkan contohnya isu balak yang cukup memeranjatkan apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah memperolehi RM54 juta setahun untuk hasil balak berbanding RM8 juta setahun semasa Umno/BN memerintah. Begitu juga pendedahan yang dilakukan didalam dewan undangan negeri mendedahkan bagaimana duit syarikat GLC telah digunakan untuk bahagian-bahagian Umno di Kedah. Juga bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah telah berjaya meningkatkan hasil negeri dengan cara berhemah ketika mentadbir negeri serta telah menunaikan hampir keseluruhan janji manifesto pilihanraya.
Begitu juga negeri Selangor & P.Pinang (dua negeri yang dikenakan tekanan dan serangan yang kuat untuk dirampas kembali) adalah contoh terbaik bagaimana pengurusan ekonomi diuruskan dengan cekap dan berhemah. Kerajaan Pakatan Rakyat dapat meneruskan momentum menarik pelburan FDI yang besar untuk masuk melabur ke dalam Selangor & P.Pinang. Berbagai-bagai kebajikan kepada rakyat diberikan. Untuk rekod Selangorlah negeri yang memberikan bekalan 20m3 percuma kepada penduduknya. Begitu juga berbagai-bagai insentif yang disediakan untuk membantu meringankan beban rakyat. Begitu juga dengan kerajaan P.Pinang juga menyediakan berbagai-bagai insentif untuk membantu rakyat. Banyak lagi kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat ketika mentadbir negeri yang boleh dibanggakan berbanding Umno/BN dan perkara ini diakui dalam Laporan Ketua Audit Negara. Itu fakta yang tak boleh dinafikan. Semua bukti-bukti yang terpapar menunjukkan Pakatan Rakyat mampu memerintah negara dengan lebih baik berbanding Umno/BN.
SESUNGGUHNYA BANYAK LAGI KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DALAM MENTADBIR NEGERI-NEGERI YANG DIKUASAINYA.....TAPI MALASLAH AKU NAK TULIS SEMUA....SEPERKARA JE YANG PERLU DINILAI IAITU KEBAJIKAN YANG DIBERIKAN @ DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TAK PERNAH PUN BERLAKU DI DALAM PEMERINTAHAN UMNO/BN SELAMA 54 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA....
SECARA JUJURNYA JIKA PERSOALAN INI DI TUJUKAN KEPADA AKU, TANPA RAGU-RAGU AKU AKAN MENYATAKAN PAKATAN RAKYAT ADALAH LEBIH LAYAK DAN LEBIH BAIK UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA BERBANDING UMNO/BN BERDASARKAN KEPADA SITUASI SEMASA YANG TELAH DITUNJUKKAN DAN TELAH DIBUKTIKAN MELALUI PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN. TANPA BOLEH DISANGKAL PAKATAN RAKYAT TERLALU JAUH KEHADAPAN DALAM BANYAK PERKARA UTAMA DAN LEBIH MEMENTINGKAN KEPENTINGAN RAKYAT KESELURUHANNYA. DAN INILAH ALASAN MENGAPA UNDI AKU TETAP KEPADA PAKATAN RAKYAT.......AKHIRKATA AKU SERTAKAN SEKALI TIPS @ GAMBAR APA YANG SEWAJARNYA KITA (X) UNTUK PRU13 NANTI..........Hu Hu Hu.....