Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh Umno (untuk melayu no otak) tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.
Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.
Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.
British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Umno telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.
Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.
Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat pun. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.
Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu.
Ini sejarah bukan kelentong.
Di mana UMNO waktu itu? Tak wujud pun lagi.
Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , Umno belum pun wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyusun gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka belajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.
Ini sejarah bukan kelentong.
Dimana Umno? Tak de lagi.
Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!
Apa slogan Umno …. Ciiitttt nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin mereka di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !
Ini sejarah bukan kelentong.
Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, Umno buat apa ?..... pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.
British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijih dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat Umno untuk ‘ jadi budak suruhan’.
Ini sejarah bukan kelentong.
Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimantan Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.
British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Brunei.
Dalam masa yang sama Parti Rakyat Brunei yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Brunei. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Brunei menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Brunei tidak masuk dalam gagasan Malaysia.
Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.
Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.
Ini sejarah bukan kelentong.
Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Tahlah setahu aku tarakkkkk!!
Rakyat Sabah dan Sarawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil kisah pun tentang 31 Ogos. Parti Umno pun tak diterima di Sarawak sehingga ke hari ini...Apa sebab..? ..Lu pikirlah sendiri...
Ini pun sejarah juga...bukan kelentong
Sebab tulah Malaysia ni termasuk didalam negara-negara Komanwel. Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini dan semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel. Maknanya negara-negara yang merdeka dibawah jajahan British akan mengikut acuan yang telah dibentuk oleh British. Dari sudut fisikalnya memanglah kita dah dimerdekakan oleh British tetapi British dah meninggalkan satu legasi yang kekal iaitu Perlembagaan Persekutuan yang ditulis oleh Lord Reid yang menjadi acuan pemerintahan di negara kita.
Ini pun sejarah juga.....
JANGAN JADI BARUA BRITISH MACAM Untuk Melayu No Otak.....
1 - British memberikan kuasa kepada Umno pada 31 - ogos 1957
2 - Rumah pasong Bukit Kepong diserang pada 23 februari 1950
3 - Mata- mata @ Polis dapat 'diraja' pada tahun 1958
4 - Menjadi polis diraja persekutuan pada tahun 1963
5 - Ketika rumah pasong Bukit Kepong diserang ketua polis bernama SIR ARTHUE E.YOUNG - ini bukan nama melayu
jangan jadi BARUA
mana ada sangkut paut pdrm
mana ada sangkut paut dengan diraja
janganlah bodoh kan orang melayu
orang melayu dah ramai bodoh
ini kita nak bodohkan lagi
cerahkan pemikiran orang melayu
jangan di bonsaikan pemikiran melayu
jadikan melayu bijak berfikir
bila melayu bijak berfikir
melayu akan tendang gerombolan
UNTUK MELAYU NO OTAK ini...ini PASTI......hu hu
Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis.......
Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.
Jadi Untuk Melayu No Otak ......janganlah terus berbohong soal kemerdekaan dan Peristiwa Bukit Kepong KERANA ITULAH FAKTA SEJARAH TENTANG APA YANG TELAH BERLAKU.....Hu hu hu...