Home » , » Rumah Terbuka Malaysia @ Rumah Terbuka Umno...11 SEPT 2011

Rumah Terbuka Malaysia @ Rumah Terbuka Umno...11 SEPT 2011

Salam
Tindakan memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri dilihat sebagai satu tanda lagi Pilihan Raya Umum akan dilangsungkan tidak lama lagi. Mungkin sesetengah orang akan berkata...."terpulanglah kepada kerajaan nak memilih lokasi mana pun...tak salah kerajaan nak buat kat sana".......

HU HU HU......PERSOALANNYA BUKAN LOKASI.....TETAPI APA YANG SEDANG BERLAKU DI PERMATANG PAUH (DARI RUMAH TERBUKA MALAYSIA DAH JADI RUMAH TERBUKA UMNO PULAK)

Umum mengetahui yang kawasan Permatang Pauh adalah kawasan Parlimen yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, dato Seri Anwar Ibrahim. Jika kita mengambil contoh semasa PRK dahulu sentimen anti-umno sangat tinggi disana. Mungkin untuk majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri kita boleh mengenatepikan ideologi politik itu buat sementara tetapi tindakan mewakili kerajaan dengan menggunakan logo dan bendera parti akan membuatkan situasi tak ubah seperti PRK sedang berlangsung.

Semenjak diumumkan kerajaan memilih permatang pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Malaysia aidilfitri 2011 perang bendera sudah berlaku disepanjang jalan menuju ke Permatang Pauh. Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri sebagai "pengiktirafan tersirat Anwar fobia". Menurut Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, berkata pilihan lokasi itu juga menunjukkan pengiktirafan BN terhadap kepentingan kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang

"Kami bangga kerana di antara ratusan kerusi pilihan raya, mereka telah memilih Permatang Pauh untuk acara tersebut,"

PERANG BENDERA RUMAH TERBUKA @ PILIHAN RAYA SEDANG BERLAKU

Kadang-kadang aku tak faham juga dengan apa yang cuba di lakukan oleh Kerajaan Umno/BN ni. Namun Kerajaan tidak akan memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Program jika tanpa satu alasan yang munasabah. Yang nyata pemilihan Permatang Pauh ini lebih bersifat serampang dua mata iaitu disebalik tujuan ada tujuan yang tersirat.....namun kita seharusnya bersangka baik.......bagi penduduk Permatang Pauh dan orang ramai yang nak ke majlis tersebut di jemput hadir....ada makan percuma....bukan senang sesuatu tempat tu dapat di pilih sebagai lokasi program Rumah Terbuka....jadi jangan lepaskan peluang....keh keh keh

Dan seperkara lagi ini adalah Program Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri bukan Program Rumah Terbuka Umno......

ANWAR FOBIA SEDANG MELANDA UMNO/BN..................Hu hu hu....





Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger