Home » , » Cerita sama, Skrip berbeza.....Budaya kepura-puraan.....

Cerita sama, Skrip berbeza.....Budaya kepura-puraan.....


KUALA LUMPUR, 10 Sept — Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) meminta syarikat telekomunikasi menangguhkan hasrat mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar.
Beliau berkata perkara ini akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu hadapan sebelum diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak. Petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan itu kerana ia kini dilihat membebankan rakyat.
sumber MalaysianInsider



Hu hu hu masih lagi dialam DENIAL SYNDROME...?
Inikan keputusan Kerajaan bukan keputusan industri kerana cukai perkhidmatan dimasukkan ke kantung kerajaan dan bukannya dibayar kepada syarikat telekomunikasi....

Pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.

Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar

Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadhttp://www.blogger.com/img/blank.gifar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.

PM a.k.a Menteri Kewangan negara mana yang bentangkan benda ni.....?

Dulu....Situasi 1 (Astro)


Sebelum ini Kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap pengguna Astro. Tidak lama selepas itu Astro menaikkan kadar langganannya.

Setelah mendapat desakan dan tentangan dari pengguna, Kerajaan berpura-pura sensitif dengan rakyat apabila Kabinet menolak kenaikan tersebut atas alasan tidak mendapat kelulusan kerajaan.

Beberapa bulan selepas itu, Astro meneruskan tindakan mereka menaikkan kadar langganan dan sehingga hari ini, Rais Yatim dan Kerajaan membisu seribu bahasa walaupun sebelum ini tampak seolah-olah kerajaan begitu sensitif apabila Astro mahu menaikkan kadar bulanannya.

Kini....Situasi 2 (Syarikat Telekomunikasi)


Skrip yang sama didendangkan. Mungkin melayu Umno mudah lupa....tapi aku tak lupa pun tentang ni.

Keuntungan sebelum cukai bagi tiga syarikat telekomunikasi utama (Axiata, DiGi dan Maxis) 2010
-Axiata (syarikat induk Celcom) mencatatkan keuntungan pracukai sebanyak RM3.205 bilion
-Maxis mencatatkan keuntungan pracukai sebanyak RM3.123 bilion
-DiGi mencatatkan keuntungan pracukai sebanyak RM1.59 bilion.

Siapa yang menggunakan telefon pra-bayar ini ?
Mereka ini ialah ratusan ribu pelajar, peniaga kecil, peruncit, nelayan, petani, peneroka felda...pendekkata seluruh rakyat amnya tak terkecuali.

Kenapa membebankan rakyat dengan cukai-cukai baru..?
Mungkin kantung kerajaan dah kering agaknya sebab tulah mengenakan cukai untuk perbelanjaan rakyat.

Selamanya....Situasi 3 (Umno/Bn)



Pendapatan rakyat masih ditakuk lama, semakin hari semakin bertambah miskin lagi. Bukan kerajaan yang nak tolong rakyat tapi rakyat pulak yang dipaksa tolong kerajaan....Kini rakyat miskin lagi 6% ......Dulu, Kini dan Selamanya pemimpin dan penyokongnya sama-sama bodoh dan mudah dibodoh-bodohkan.........Hu hu hu



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger