Home » , » Sistem pilihan raya tidak telus dan adil punca kegagalan amalan demokrasi di negara ini.

Sistem pilihan raya tidak telus dan adil punca kegagalan amalan demokrasi di negara ini.

Salam
Sistem pilihan raya adalah perkara asas dalam membentuk negara yang demokrasi. Kerajaan Umno/Bn gagal menghidupkan amalan demokrasi kerana, mereka monopoli semua ruang yang ada tanpa memberi ruang kepada pihak lain.Contohnya, sistem pilihan raya yang tidak telus, apabila politik wang berleluasa dan tiada tindakan undang-undang yang khusus walaupun perkara tersebut dapat dibuktikan.
 
Umno/Bn juga menggunakan 100% kekuatan media perdana sebagai medium mereka meraih sokongan rakyat. Di negara lain, contoh terdekat Indonesia, apabila pilihan raya umum (PRU) diumumkan, semua parti yang bertanding dibenarkan keluar di semua stesen televisyen tidak kira milik siapa untuk menyampaikan manifesto mereka kepada rakyat tetapi perkara ini tidak berlaku di negara kita. Hanya Barisan Nasional (BN) dibenarkan menggunakan medium itu untuk menyampaikan agenda mereka. 
Penggunaan jentera kerajaan oleh parti pemerintah walaupun Parlimen sudah dibubarkan. Apabila Parlimen telah dibubarkan, sesiapa pun sudah tiada jawatan, setiap mereka yang bertanding berada pada tahap yang sama. Jelas-jelas apa yang berlaku di Malaysia apabila parlimen dibubarkan bekas wakil rakyat keluar berkempen tetap menggunakan jentera kerajaan, dari segala sudut bantuan sehinggakan kenderaan semuanya menggunakan harta milik kerajaan. 

Parti pemerintah UMNO berhak membubarkan parlimen mengikut kepentingan mereka, SPR tidak diberi hak itu. Selepas parlimen dibubarkan, sebuah `caretaker government` dibentuk. Pemimpin parti pemerintah termasuk PM, TPM dan Menteri-menteri dan sebagainya tidak boleh lagi menggunakan kedudukan mereka untuk berkempen menggunakan harta awam. Mereka tidak sewenang-wenang dibenarkan menggunakan kemudahan dan jentera kerajaan bagi kepentingan parti UMNO, contohnya menggunakan saluran-saluran media dan tv kerajaan, bangunan-bangunan kerajaan seperti sekolah dan sebagainya. Tetapi amat malang sekali, mereka masih lagi menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut tanpa sedikit pun mendapat teguran daripada SPR, malah SPR seolah mengalu-alukan dan mengalakkannya.

(Perdana Menteri pertama) Tunku Abdul Rahman dahulu pun guna kenderaan sendiri ketika beliau keluar berkempen, tetapi pemimpin BN hari ini menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan yang ada. 

UMNO secara jelas melanggar kod etika bertanding. Menurut kod etika tersebut, calon atau pekerja pilihanraya dilarang menggunakan bangunan kerajaan dan jentera kerajaan untuk berkempen.Trak dan lori majlis daerah, sekolah dan sebagainya itu bukankah hak kerajaan?  

Tidak kurang juga peranan media massa yang semakin jengkel dan memualkan. Salah guna media kerajaan khususnya RTM dalam menjadi jurubicara kempen UMNO bukan sesuatu yang ganjil. Seluruh media diarah memberi liputan meluas kepada gerak-kerja UMNO secara positif dan media juga diarah memberi ulasan dan pemberitaan yang buruk terhadap pembangkang. Lebih buruk lagi suara pembangkang disekat melalui saluran penerangan akhbar parti dan kini UMNO mula bertindak terhadap internet yang memberi liputan yang berita yang adil dan tepat, tidak memihak ke mana-mana parti seperti Malaysia Today dan Malaysiakini. Sudah ada penulis blog telah didakwa di mahkamah sebagai satu amaran, ancaman dan gertakan daripada UMNO.

Parti pembangkang disusahkan mesti memohon permit polis bagi satu-satu perhimpunan terbuka, tetapi tidak bagi parti UMNO. Sewajarnya dimaklumkan sahaja kepada pihak Polis. Pihak UMNO menggunakan kemudahan media termasuk media cetak secara bebas dan berleluasa, sedangkan pembangkang terhad kepada penerbitan dwi-bulanan dan dihadkan penyebarannya kepada ahli-ahli sahaja. Tv kerajaan digunakan sewenang-wenang sebagai saluran dan suara parti UMNO. Wujudnya undi pos meragukan pihak pembangkang dan aturan-aturan pilihanraya pada hari mengundi tidak dipatuhi, terutama oleh pihak parti UMNO dan tidak diambil tindakan.

UMNO berbelanja sakan menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 seksyen 27 dan di bawah seksyen 29 dalam akta yang sama menyebut mana-mana parti yang membelanja melebihi RM200,000 untuk kerusi parlimen dan RM100,000 untuk kerusi DUN, ia telah melakukan satu kesalahan yang boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 dan hilang kelayakan sebagai pengundi dan calon selama 5 tahun [1 penggal].


Senario politik negara kita terus mundur ke belakang menghakis demokrasi, bukan sahaja oleh cara pilihanraya yang tidak adil, secara penipuan dan pencabulan yang sangat canggih dan seni, dicengkam pula dengan undang-undang yang nyata mencabuli kebebasan rakyat dan menyelamatkan kezaliman, saperti ISA, OSA, Akta Polis, AUKU terhadap pelajar dan pensyarah. Akta yang mencengkam media, menakutkan semua lapisan rakyat.

REVOLUSI PEMIKIRAN, UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger