Perhatikan bagaimana ia berpusing |
Katanya, antara cadangan yang dibincangkan bersama telco adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.
“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.
"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media, di Angkasapuri, di Kuala Lumpur.
Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile). Cukai perkhidmatan 6 peratus yang dikenakan ke atas pelanggan diperuntukkan mengikut undang-undang negara.
Akta Perkhidmatan Cukai 1975 mensyaratkan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan, termasuk ke atas pengguna prabayar.
Bayaran ini sama dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Meskipun cukai perkhidmatan ke atas pengguna prabayar bukan baru, namun syarikat telco telah menyerap kos itu sejak perkhidmatan mereka diperkenalkan pada 1998. -mk
TANGGUHKAN......? SAMPAI BILA.......?
Hu hu hu...aku malaslah nak ulas tentang tangguh ni tetapi aku mentafsirkan perkara penangguhan kepada 2 faktor :
1. Penangguhan sehingga selepas PRU 13
2. Penangguhan sehingga perkara ini reda (cthnya macam kes astro).
Sebenarnya jika kita utarakan persoalan ini kepada rakyat umum aku percaya semua akan bersetuju jika cukai ini dihapuskan bukan ditangguhkan. Jadi sama-samalah kita tunggu apa keputusan cerita selanjutnya.
Sebenarnya ada lagi satu perkara yang aku ingin kongsikan. Ini adalah tentang kenaikan caj pada KFC. Perkara ini baru aku sedari tadi. Untuk pengetahuan sebelum ini memang KFC telah menaikan harga selaras dengan kenaikan caj dari 5% ke 6%. Oklah aku ambil contoh hidangan "SNACK PLATE beserta AIR" selepas kenaikan caj 6% dijual pada harga RM10.15. Tetapi pada hari ini bila aku membeli harganya telah meningkat kepada RM10.65. Di sini terdapat kenaikan sebanyak 50 sen. Ini salah satu contoh yang aku sedarlah. Mungkin ramai yang x sedar tentang perkara ini.
Hu hu hu.......Sampai bilakah mentaliti rakyat akan terus dipermainkan.........? Sejak dari awal tahun 2011 sudah berbagai-bagai kenaikan kos hidup. Dari harga minyak,gula, tarif elektrik dan berbagai-bagai lagi kenaikan lain yang terpaksa ditanggung oleh rakyat keseluruhannya dan ini termasuklah cukai 6% yang mula diperkenalkan pada awal tahun 2011 tapi kadar INFLASI yang diumumkan oleh kerajaan masih tak berubah......Agak pelik juga bagaimana kerajaan mentafsir kadar inflasi di Malaysia ini.....
Sudah banyak rahsia terselak
Naikkan rega bertambah-tambahlah koyak
Rakyat Malaysia Rakyat yg bijak
Tidak akan selamannya terus-terus dipijak
Sudah lama kita sedari
KERAjaan ini pentingkan diri
Terima kasih daun keladi
Sampai masanya dihukumlah nanti
TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA, KITA RAKYAT SAMA-SAMALAH RASA....HU HU HU