Home » , » SPR oh SPR....Pembelit yang terbelit....

SPR oh SPR....Pembelit yang terbelit....

Salam,
Aku petik wawancara di akhbar harian Cina, Sin Chew Daily, Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah perlembagaan persekutuan dan tidak tertakluk dengan kuasa atau arahan jabatan lain.

Menurutnya lagi "hanya SPR sahaja yang mengetahui langkah-langkah yang boleh dilaksanakan"....Hu hu hu kau ingat rakyat Malaysia ni semuanya bangang dan kurang bijak macam kau ke ?.....tak de otak nak berfikir...

Langkah-langkah apa ?  
Menyelamatkan Kera Tersepit.

Hu hu hu statement ini hanya menunjukkan siapa itu SPR......

Meskipun kerajaan sedang mengkaji penubuhan jawatankuasa khas parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya, namun Suruhanjaya Piliha Raya (SPR) berkata tidak semua cadangan jawatankuasa itu akan diterima dan dilaksanakan. Pelik memang pelik belum pun ditubuhkan lagi jawatan kuasa tu apatah lagi cadangan SPR dah keluar statement mungkin terima, mungkin tak terima apa cadangan yang bakal diberikan.

Kalau cadangan jawatankuasa khas tu boleh ditolak nak buat apa tubuhkan jawatankuasa tu. Saja nak melengah-lengahkan isu tuntutan itu aje @ memang SPR ni cumalah perkakas untuk Umno/Bn.

Hu hu hu...jawatankuasa khas itu di tubuh oleh kerajaan melalui parlimen. Parlimen adalah badan tertinggi dalam mengubal akta atau apa2. Tentulah keputusan jawatankuasa itu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan dan untuk diluluskan.....SPR tentulah terikat dengan keputusan parlimen

SPR ni dah boleh jadi Si Pembelit Rakyat dah. Semasa wacana bersama wakil Bersih itu hari SPR kata dia xde kuasa, rujuk parlimenlah tertakluk perlembagaanlah, bila bawa ke parlimen, dia kata pulak dia badan bebas dan berkuasa penuh. Mana satu yang betul ni...?

Secara praktikalnya bolehlah aku kata kalau jumpa antara ular dan SPR aku akan katuk SPR dulu......boleh nampak kenyataan yang diberikan sekadar putar belit dari pembelit je.

SPR ni cakap berbelit2 sampai terbelit2.....sekejap ade kuase, sekejap xde kuase, sekejap boleh buat, sekejap xboleh buat...Aku nak bagi cadanganlah......kan lebih senang je mengaku......."..memang kami penyokong Be eNd @ salah satu dari parti komponen dlm Be End ".

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger