Selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Abdullah Gul (gambar, tengah) dan Perdana Menteri, Recip Tayyip Erdogan di Ankara, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berlepas ke Jeddah dan seterusnya ke Makkah, Arab Saudi untuk menunaikan umrah bersama Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.
Setelah selesai, kedua-dua pemimpin PKR tersebut kemudiannya terbang ke Doha, Qatar bertemu dengan ulama terkenal, Dr Sheikh Yusof al-Qardhawi membincangkan pelbagai isu semasa termasuk pembebasan Anwar dari tuduhan fitnah liwat pada 9 Januari lalu.
Dalam mesejnya di Twitter, Anwar memberitahu:
@anwaribrahim Doha: Sh Qardawi turut bersyukur krn sy bebas dari fitnah mahkamah;dan mendoakan kejayaan rakyat Malaysia utk kebebasan dan keadilan.
Beliau juga sempat mengadakan pertemuan dengan pemimpin HAMAS, Khalid Mish'al yang antara lain membincangkan masalah rakyat Palestin dan kebangkitan dunia Arab (Arab Spring).
Manakala buat rakyat Malaysia yang berada di sana, satu sesi perjumpaan antara Anwar Ibrahim dengan warga Malaysia di Qatar telah diadakan pada hari Rabu, 8 Februari 2012 jam 9 hingga 11 malam waktu tempatan (Khamis,9 Februari 2012 jam 2 pagi waktu Malaysia).
Sesi perjumpaan tersebut telah diadakan di Club House, Green Village Compound, Doha, Qatar.
Ceramah Anwar Ibrahim di Qatar