Home » , » Kredibiliti Jabatan Kimia, tiada tauliah ASCLD

Kredibiliti Jabatan Kimia, tiada tauliah ASCLD

Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pasukan pembelaan mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa bagi menentukan ketetapan dan kebenarannya.

Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD).

Mengikut keterangan Pakar Genetik Dr Brian McDonald di mahkamah hari ini, Jabatan Kimia Malaysia masih belum mendapat tauliah antarabangsa untuk menjalankan ujikaji DNA dan forensik.
Jabatan Kimia yang sama juga telah mengeluarkan laporan kononnya air mani Anwar ada dalam dubur Saiful.
Pada waktu yang sama, sehingga hari ini, Jabatan Kimia masih belum mendapat tauliah untuk menjalankan ujikaji kimia berkaitan DNA dan forensik.





DI MANAKAH KREDIBILITI JABATAN KIMIA..?

Dr Brian memberitahu mahkamah, kredibiliti keputusan ujian DNA boleh dipersoalkan memandangkan makmal yang menjalankan ujian sebenarnya belum mendapat kelulusan akreditasi daripada American Society of Crime Labs Directors (ASCLD)

Ini sekaligus bermakna keputusan ujian DNA yang dijalankan oleh Dr Seah Lay Hoong dan Nor Aidora Saedon boleh dianggap cuai dan tidak sah untuk mendapat pengiktirafan kerana makmal Jabatan Kimia Malaysia pun masih tiada memperolehi sijil ISO MM17025 yang diperlukan untuk kes jenayah dan makmal jenayah. Sijil ISO MM17025 adalah sijil paling minimum untuk sesebuah makmal jenayah mendapat kelulusan untuk menjalankan kajian berkenaan DNA dan genetik termasuk DNA jenayah.

Ini bererti keputusan Jabatan Kimia tersebut boleh dipersoalkan ketepatan dan kebenarannya.

APAKAH KESAN JIKA MAKMAL TIDAK MENDAPAT PENTAULIAHAN ?

Kesannya, Jabatan Kimia bebas mengadakan peraturan sendiri dan mengeluarkan keputusan mengikut kehendak serta kemahuan sendiri dan tidak mengikut standart yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.
Dan setiap keputusan jabatan kimia untuk ujikaji berkaitan DNA dan Forensik  tidak akan diiktiraf di mana-mana negara di peringkat antarabangsa.
 

Maka, mereka bebas berbuat apa sahaja dan mengeluarkan apa-apa keputusan termasuk mengatakan keberadaan air mani Anwar didalam dubur Saiful.

Antara kepincangan yang berlaku semasa menguruskan specimen :

Menyimpan sample specimen dibawah suhu bilik (sedangkan sudah diingatkan supaya specimen disimpan didalam peti sejuk bagi mengelakkan kerosakan @ pencemaran).

Membuat ujikaji specimen hanya selepas 90 jam perkara dilaporkan berlaku

Memberi tarikh @ documentasi yang salah kepada sampel

Tidak mengikut prosedur yang ditetapkan semasa mengendalikan bahan bukti dan ini mendedahkannya kepada kesilapan dan pemanupulasian bahan bukti.

JABATAN KIMIA DIRAGUI DALAM MEMBUAT UJIKAJI SAMPEL SAIFUL ?

Mengikut Dr Brian Mcdonalds, ahli kimia kerajaan, Nor Aidora, telah melanggar peraturan di dalam menjalankan ujikaji sampel yang datang dari Saiful.

beliau dilaporkan berkata:

12.13am: McDonald says Nor Aidora did not follow guidelines... when there is mixture DNA.

"There are three loci which is more than 60 percent. What you have is evidence of mixture," he said. "She specifically ignored that and report as a single individual profile."


Aku bukan pandai sangat bahasa sains forensik ni tapi apa yang aku faham tentang maksud ayat diatas adalah ia menerangkan tentang Percampuran DNA iaitu terdapat 3 loci (ini bahasa scientific dalam sains forensik) yang mengandungi lebih daripada 60% kandungannya (bermaksud bukti DNA yang telah bercampur) dan Nor Aidora telah mengabaikan perkara tersebut dan hanya melaporkan ianya hanya dimiliki oleh seorang individu.
 

Tarikh yang dicatitkan ke atas sampel juga terdapat kesilapan. Sampel ini dilabelkan pada 26 June 2008 padahal Saiful pergi ke HKL pada 28 Jun 2008 yakni dua hari lebih awal sebelum Saiful menjalankan pemeriksaan di HKL.

Hu hu hu....semakin lama semakin jelas kepincangan yang berlaku didalam kes ini....Sesungguhnya perancangan manusia itu banyak kekurangannya..
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger