Home » , » Kes Liwat II....Pakar Patologi dari Australia, Dr David Wells. "tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud"

Kes Liwat II....Pakar Patologi dari Australia, Dr David Wells. "tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud"

Patologi forensik dari Australia mengakui kemungkinan boleh menemui kepala sperma pada badan seseorang sehingga satu tempoh selama 65 jam selepas mengadakan hubungan seks, tetapi mengakui penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud.

Dr David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.

Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam.

Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya.

Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan.

“Itu hanya satu kes yang saya tahu di mana adanya (bahan) literatur dalam 30 tahun (lalu). Adakah anda bersandarkan pada satu kes saintifik ke atas premis tunggal?

“Saya fikir kebanyakan daripada kita akan berkata tidak tahu atau tidak memberi pandangan,” kata beliau menjawab Yusof.

Seorang peguam Anwar, Sankara Nair kemudian memberitahu pemberita bahawa kes yang Yusof merujuk merupakan uji kaji terkawal yang dikendalikan di United Kingdom pada 1982.

“Hanya satu kes itu. Satu eksperimen solitari, di bawah persekitaran terkawal,” katanya.

Peguam itu berkata pasukan pembela akan berhujah menyentuh perkara itu kemudian.

Perbicaraan akan disambung pagi esok.

Seorang lagi pakar DNA pasukan pembela dari Australia Dr Brian McDonald akan memberi keterangan.




Pendakwaraya nampaknya semakin gagal untuk mempertahankan pertuduhan mereka apabila didapati mereka hanyalah bersandarkan kepada satu kes di atas dunia tentang kewujudan kepala sperma selepas 65 jam.


Oleh itu kebarangkalian untuk sperma hidup selepas dua hari adalah satu kejadian yang menghampiri status MUSTAHIL. Dan Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan. Seperkara lagi apa yang dijawab oleh Dr Wells adalah berdasarkan kepada soalan yang dikemukan oleh pendakwaraya dan bukanlah merupakan fakta dari kes. 


Kita mungkin terlupa @ tidak tahu tentang satu fakta mengenai kehadiran DNA didubur Saiful....Dr Seah hanya mengatakan.... MUNGKIN....MUNGKIN....(tapi tidak disokong dengan laporan bertulis dan tiada analisa sample pernah dilakukan yang mengatakan DNA itu adalah berasal dari sperma).....dengar perkara ini dibawah.





Satu lagi soalan pendakwaraya yang nampak agak memperbodohkan diri adalah soalan yang bersifat kemungkinan dimana ini hanya menunjukkan kelemahan dan kepincangan fakta kes pertuduhan.


Yusof: Jika seseorang memasukkan sperma itu, dia mesti ada sperma orang berkenaan?


Wells: (berfikir seketika) Perkara ini saya serahkan kepada pakar DNA.


Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong, dalam keterangannya sebelum ini berkata, beliau menemui sperma dari sampel air mani yang diambil dari dubur Saiful......Hu hu hu....Dr Seah Lay Hong sebenarnya hanya memberitahu MUNGKIN aku ulang MUNGKIN......jadi apa sebenarnya yang berlaku kat sini.....? Persoalan yang perlu dijawab.


Maksudnya di sini kes kewujudan sperma (fakta sebenarnya adalah DNA) di dubur Saiful hanyalah satu mitos @ hanya cerita rekaan semata-mata (aku lebih senang jika dikatakan ia hanya wujud di putik kapas). Jika benarlah wujud seperti yang didakwa, maka dubur Saiful itu adalah sangat luarbiasa...ada X-factor ataupun si Saiful ni sejenis spesis lain didunia (mungkin perlukan dilakukan sesuatu kajian lebih terperinci terhadap dubur Saiful itu, berkemungkinan wujud sistem dingin beku didalamnya) ataupun sememangnya wujud penipuan @ konspirasi dimana sebenarnya (DNA) itu diletakkan kemudian oleh orang-orang tertentu sebaik sebelum specimen itu diambil untuk diuji memandangkan memang terdapat pengakuan yang sampul specimen itu telah dibuka sebelum diserahkan kepada Jabatan kimia . Rasanya yang kedua itulah lebih tepat kot....! Sama-samalah kita fikir menggunakan akal yang waras..
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger