Home » , » BR1M bermotifkan politik

BR1M bermotifkan politik

Salam,

Perkara ini sememangnya sudah diduga sejak dari hari pengumuman iaitu semasa belanjawan 2012 dibentang oleh Perdana Menteri di Parlimen dulu. Dengan bentuk bantuan yang lebih dilihat kepada bantuan one-off BR1M ini adalah dilihat sebagai bantuan memancing undi. Kemudian perkara ini dinafikan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi umno.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

muhyiddin yasinTimbalan Perdana Menteri berkata program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.

"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna hari ini...



berita penuh boleh dibaca di SINI


Bukan apa, ingatkan bila diberi maklumat kepada LHDN senang la nanti urusan nak claim. Mungkin kita hanya di suruh tuntut je kat pejabat pos atau pejabat kerajaan cek RM500 tapi sebaliknya kita kena bersusah payah juga. Kena pergi kat dewan-dewan dengan dihadiri oleh YB-YB (yg ni YB-YB BN jer walaupun bukan YB yang wakil kawasan tu). Kononnya kata pemberian bukan bermotif politik tapi bila nak ambil duit kena dengar ceramah dulu.Walaupun aku tak mohon pun bantuan BR1M ni tetapi aku kesian dengan orang-orang yg permohonannya diluluskan....sampai ada yg terpaksa mintak cuti semata-mata nak pergi ambil bantuan tersebut. Ok tak pe kita lupakanlah soal prosedur permohonan dan pengambilan yg sememangnya menyusahkan rakyat itu tapi isu yg aku nak sentuh kat sini adalah bantuan ini digunakan untuk motif politik.

Contohnya










Kalau kita lihat gambar diatas apa yg boleh kita rumuskan....apakah ini bantuan dari parti politik @ ini bantuan dari Kerajaan. Jelas-jelasnya menggunakan pemberian bantuan ini untuk meraih undi pada PRU13 nanti. Sesuatu yg pasti duit bantuan itu bukan duit BARISAN NASIONAL tapi itu adalah duit kerajaan Malaysia. Nasihat aku mudah ada.....berterima kasihlah diatas bantuan tersebut tetapi bak kata seorang Cina kepada saya,

"Itu wang RM500 kita angkat tapi undi jangan kasi BN.Kita ajar sama dia. Dia orang sapu lagi banyak kira ratus juta dan bilion punya.Sekarang mau kasi rakyat RM500 mau suruh pangkah dia ka? Boleh jalan la."

Kalau kita ada maruah dan harga diri kita main balik BN dengan tolak BN dalam pru 13 akan datang.Ingat nilai rakyat ni cuma RM500 ka? Ingat dengan bagi kat kita RM500 kita boleh lupa wang rakyat RM250 juta lesap begitu saja ditelan kroni Umno anak beranak dalam projek bela lembu guna duit rakyat ? Ingat kita lupa ke bagaimana duit saham bumiputera dan Melayu dilesapkan sebanyak RM52 bilion.

Orang bagi kita ambik tapi pangkah untuk undi itu pilihan kita...cukuplah 54 tahun digula-gulakan....tips yg paling mudah "PANGKAH APA SAJA ASAL BUKAN LAMBANG DACING".............

ABU- Asal Bukan Umno.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger