Home » , » Pembangunan Malay Basin Utara - Apakah isu royalti bakal berulang ?

Pembangunan Malay Basin Utara - Apakah isu royalti bakal berulang ?


- Kelantan tidak boleh diketepikan

Saya merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos yang memetik kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara Malay Basin yang akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200 km ke Kerteh,Terengganu yang keseluruhannya bernilai RM 15 bilion.

Suka diingatkan bahawa utara Malay Basin dengan blok-blok yg disebutkan iaitu PM 301 ,PM 302 ,serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara yang lain. Jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150km dan paling hampir berbanding Terengganu.

Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut  buminya.

Dalam hal ini, adalah elok Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri Kelantan supaya gas ini di daratkan di Bachok,Kelantan.

Kerajaan negeri bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini.

Kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja Insyaallah supaya hasil mahsul Kelantan ini tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan.

Salam Ramadhan dari Masjidil Haram.

Wassalam.

Dato' Husam Musa
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan
-Pengerusi JK Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan
-Naib Presiden PAS

25 Ramadan 1432
Mekah

Ini ulasan aku tentang perkara ini.

Salam
Episod royalti minyak yang sebelum ini dituntut oleh Kelantan akan berulang kembali. Terdapat persamaan didalam situasi ini iaitu paip minyak lautan akan disalurkan ke luar dari negeri Kelantan. Jika blok minyak dikawasan bertindih dengan Thailand di salurkan ke Thailand walau pun jaraknya dengan Kelantan lebih dekat begitulah juga di kawasan Malay Basin Utara cuma kali ini paip minyak lautan itu akan di salurkan pula ke Terengganu. Ini adalah berdasarkan kenyataan Petronas sebelum ini.

Persoalannya Kenapa paip minyak lautan itu di salurkan ke Terengganu kenapa tidak Kelantan sedangkan jaraknya lebih hampir dan dalam masa yang sama akan memberikan peluang ekonomi dan faedah kepada rakyat Kelantan. Tanda-tanda diskriminasi akan berlaku. 
APAKAH ROYALTI MINYAK UNTUK KELANTAN AKAN DINAFIKAN LAGI ?
Awal-awal lagi kerajaan Kelantan telah diketepikan dalam perbincangan saluran paip minyak lautan. Sama-samalah kita tunggu hasil dan keputusannya.

Menurut Buku Jingga Pakatan Rakyat, Jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah Hak Royalti sebanyak 5% akan ditambah menjadi 20% dan akan di kembalikan kepada setiap negeri yang berhak. Berbeza dengan hanya 5% seperti yang diamalkan sekarang dan Wang Ehsan (hu hu hu ingat mintak sedekah ke wang ehsan). Setiap negeri yang berhak mendapatkannya akan mendapatkan hak seperti yang tertakluk di bawah perjanjian tahun 1974 cuma kali ini jumlahnya akan ditambah.

Dan jika negeri-negeri yang terlibat inginkan pertambahan kewangan untuk kerajaan negeri bagi mendapatkan peruntukan tambahan untuk pembangunan negeri pastikan Kerajaan Pusat bertukar tangan pada PRU13 nanti. Semoga Hak rakyat akan dapat dikembalikan dan disalurkan semula kepada rakyat.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger