Home » , » "Keputusan DNA tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana sperma. Ia mustahil.

"Keputusan DNA tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana sperma. Ia mustahil.

Didalam laporan pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Fong mengesahkan bacaan tinggi pada ujian sperma walaupun selepas 90 jam ianya terdedah dan menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdoanld menyatakan perkara itu adalah MUSTAHIL.

Ni Dr Brian yang cakap bukan aku....

Dr Brian mendakwa Dr Seah telah mengabaikan beberapa prosedur asas bagi memastikan tiada campuran bendasing dalam DNA sperma.

Brian merujuk kepada keputusan ujian 'Deferential Extracting Process (DEP) yang ditunjukkan di mahkamah.
Katanya, Dr Seah gagal memastikan DNA dari sperma diasingkan dengan sempurna.

"Campuran DNA tidak semestinya kepunyaan lelaki Y "

"Keputusan DNA tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana sperma. Ia MUSTAHIL.

"Saya jangka, Dr Seah menganggap ianya dari sampel yang sama berdasarkan laporan. Dr Seah sepatutnya memaklumkan keputusan tetapi dia tidak berbuat begitu," 

Dr Brian tidak menolak kemungkinan DNA Saiful turut dikesan dalam ujian tersebut selain mencadangkan ianya perlu diasingkan terlebih dahulu.

Katanya punca kesilapan itu berlaku disebabkan DR Seah tidak melihat sampel DNA menggunakan mikroskop selepas proses pengasingan.

Oleh yang demikian menurutnya sampel tersebut tidak boleh digunapakai kerana ia mengandungi DNA pengadu.

"Itu sahaja cara untuk menentukan." kata Dr Brian. 

Sebelum itu pakar dari Australia itu menerangkan kepada mahkamah tentang kemusykilan yang ditemui pada laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepunyaan Saiful.

Berdasarkan pengalamannya, Brian memberitahu mahkamah bahawa sperma akan menunjukkan tanda-tanda penyusutan selepas terdedah pada kadar maksimum 30 jam.

Namun menurut Brian, laporan itu mencatatkan jumlah tinggi walaupun Saiful hadir ke HKL untuk pemeriksaan iaitu hanya selepas 48 jam mendakwa diliwat.

Perbicaraan ditangguhkan dan akan bersambung pada 19 hingga 23 September 2011.

Hu hu hu ... penjilat umno jangan marah ye.... yang ni hakim yang tangguh sebab Hakim pun nak bercuti Raya juga. Hari Raya dah dekat.... Ini baru kita dengar dari dua saksi dah macam-macam dah kepincangan terbongkar. Tak pe kita tunggu lagi 19hb pulak apa lagi yang bakal terburai dan tersingkap. Semakin lama semakin jelaslah konspirasi yang berlaku di sebalik kes Liwat II ni. 
 
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger