Home » , » Mufti Perak - Melayu-Islam berpecah kerana......?

Mufti Perak - Melayu-Islam berpecah kerana......?


Kenyataan mufti Perak bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berhubung pelbagai isu yang melanda negara sejak dari zaman Tun Dr Mahathir lagi. Dengar dan nilai sendirilah apa yang diperkatakan dibawah ini. Ada pro dan kontranya.




Salam
Janganlah kita menolak secara bulat-bulat tentang perkara yang diperkatakan. Sebaliknya kita muhasabahkan diri kita dan nilaikan secara waras. Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan. 

Ni ulasan aku setelah aku nilaikan secara waras.

Soal isu Perak apa yang aku nampak itu adalah isu politik semata-mata. Dimanakah suaranya ketika semasa rampasan kuasa berlaku. Sebab tu aku katakan Perak itu lebih kepada isu kuasa dan politik aje. Soal politik di masjid dah tentu-tentunya itu isu yang selalu dimainkan oleh Umno. Aku malaslah nak ulas bab ni sebab masing-masing ada alasan sendiri dan aku pun tak layak nak perkatakan soal ini. Soal nasihat memang aku puji. Tapi kenapa setelah 13 tahun baru ada keberanian nak bongkarkan perkara ini ? 

Kenyataan Mufti Perak itu juga menunjukkan yang bahawa tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim adalah konspirasi dan fitnah semata-mata untuk menjatuhkan beliau sebagai pemimpin politik orang Melayu-Islam. Adalah jelas bahawa pemecatan Anwar bukan kerana faktor moral tetapi konspirasi jahat Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya. 

Dengan pendedahan yang dibuat oleh Mufti Perak ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang berdepan dengan fasa ke-2 fitnah liwat yang terus dilakukan oleh musuh politik Datuk seri Anwar Ibrahim.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger