Home » , » Isu Mat Sabu yang kononnya dikatakan sokong komunis.....hu hu hu

Isu Mat Sabu yang kononnya dikatakan sokong komunis.....hu hu hu

Siap keluar Muka Hadapan Utusan Malaysia tapi aku memang tak pernah beli dan baca surat khabar ni pun.


Salam,
Hu hu hu semakin meroyan pulak puak-puak ameno ni terbaru memainkan pula isu komunis. Dengan mengambil sedutan dari ceramah Mat Sabu terus Mat Sabu di cop sebagai penyokong komunis dan menghina pejuang negara...he he he ini fakta Sejarahlah mana boleh nak ubah. Kenapa fakta ini berubah sebabnya sejarah hanya ditulis oleh pihak yang menang jadi suka hatilah nak tulis apa. Berikut ada rakaman ceramah Mat Sabu yang dikeluarkan oleh blog pro ameno. Tak payahlah aku sebutkan nama blog tu sebab kat rakaman youtube tu dia dah ada promosi nama blog dia. Aku malaslah nak ulas apa yang blog itu perkatakan sebab ulasan blog tu dah tentunya ala-ala autasan. Tapi aku nak ulas berdasarkan apa yang aku dengar sendiri.


Setelah aku mendengar sendiri apa yang di perkatakan oleh Mat Sabu ternyata apa yang diperkatakan itu adalah merupakan satu fakta sejarah yang tak boleh dinafikan. Memang sesungguhnya semasa peristiwa berdarah Bukit Kepong negara kita masih dijajah oleh British jadi baik secara langsung @ tidak langsung yang mengerakkan dan memerintah Tanah Melayu pada ketika itu adalah British dan bukan Umno. Umno dia geng dengan British sebab itulah negara kita ni guna kitab dari Lord Reid.

Tak timbul pun kat sini soal sama ada menyokong komunis, British atau menghina pejuang. Tragedi itu berlaku pada tahun 1950 iaitu selepas kekalahan Jepun dalam WWII dan Tanah Melayu semasa itu telah diambil dan dijajah semula oleh British. Selamat dari dijajah oleh Jepun dijajah pula oleh British. Dulu pun semua negara didunia ni pun berperang juga kita ambil cth di eropah bagaimana Jerman @ Nazi telah menawan hampir keseluruhan eropah tapi sekarang ni ok je. tak de apa-apa pun.

Kalau nak dikatakan menghina pejuang aku nak petik kata-kata dari MEJAR NOR IBRAHIM SULAIMAN (TUDM (B) dengan memberitahu difahamkan tiada seorang pun daripada mereka yang dianugerahkan dengan Darjah Perkasa seperti Seri Pahlawan (SP) atau Pingat Gagah Berani (PGB), malah Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) pun tiada. Sedangkan insiden Bukit Jenalik/Sauk pada tahun 2000 telah mencatatkan penganugerahan dua SP dan empat PGB kepada mereka yang terbabit. Sekiranya betul mereka (wira Bukit Kepong) tidak dianugerahkan dengan darjah-darjah kebesaran tersebut, Mengapa? Adakah pengorbanan mereka tidak memenuhi kriteria anugerah berkenaan?

Shah Rukh Khan pun dapat anugerahlah bai......patutlah ada Pepatah berbunyi KEAMANAN MENYEBABKAN MANUSIA MENJADI SEMAKIN BODOH..
Fikir2kanlah..

Maaflah aku nak kata....Al-fatihahlah kepada yang terkorban di dalam tragedi itu tetapi mereka bukan pejuang untuk mempertahankan malaya tapi pejuang untuk mempertahankan British dan kepentingannya. Walaubagaimanapun mereka tetap seorang pejuang yang tetap menjadi antara sejarah tragedi hitam yang berlaku semasa Malaysia menuju kemerdekaan. Kekadang tu kebenaran memang perit untuk diterima....tetapi ITULAH HAKIKATNYA.......LONG LIFE THE QUEEN.....hu hu hu
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger