Home » , » Hu hu hu....... Malaon manalah punya kerja......

Hu hu hu....... Malaon manalah punya kerja......


Salam
Agak keterlaluan dan melampau apabila kain rentang yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib. Kejadian tersebut dikesan berlaku sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.
Antara wajah yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah. 

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak.

Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.

Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan “puak-puak jahat” tersebut.

“Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri,” katanya.
Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu.
“Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana,” katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Semakin negara merdeka dan menuju kemajuan semakin tidak bertamadun tindakan dan kelakuan sesetengah pihak. Pendapat aku pun lebih kurang sama dengan YB Khalid Samad juga tidak menuduh angkara siapakah perbuatan ini tapi kita sebagai rakyat Malaysia yang waras dapat menilai sendiri perbuatan siapakah ini. Sabotaj kain rentang ini sememangnya sudah menjadi semacam satu budaya di negara kita. Hu hu hu....Kepada malaon-malaon yang melakukan kerja-kerja gila ini aku nak cakap sikit kat korang ni....dalam bulan puasa ni kita di suruh membuat amal ibadat...syaitan pun dah kena rantai yang korang pulak yang berubah jadi syaitan kenapa ? Puasa ke x korang ni.....hu hu hu apa pun x boleh.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger