Home » , » Perbezaan Negara Kebajikan dan Negara Berkebajikan

Perbezaan Negara Kebajikan dan Negara Berkebajikan

Salam
Apakah perbezaan di antara Negara Kebajikan dengan Negara Berkebajikan ? Perkara ini telah banyak disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang rasa agak kurang senang dengan istilah Negara Berkebajikan. Kalau tanya akulah ejaannya aje dah berbeza apalagi maksudnya.

“Negara kebajikan” lebih bersifat satu hala, kerajaan menyuap mulut rakyat dan mengawal rakyat seperti sebahagian negara kominis dan sebahagian lagi negara kapitalis. Iaitu kebajikan yang dilaku terpilih. Hanya sesetengah pihak sahaja yang dibela dan dijaga tetapi sesetengah pihak lagi dianaktirikan.

Manakala “Negara berkebajikan” pula lebih bersifat dua hala, kerajaan dan rakyat sama-sama bersama dalam melaksanakan kebajikan untuk semua pihak secara menyeluruh.



Negara Berkebajikan boleh didefinisikan sebagai “Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara”. Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.



Lalu perkara ini akan menimbulkan persoalan.....Selama ni pun UMNO dah buat negara kebajikan. PAS sampai sanggup menolak Dasar Negara Islam dan bersengkokol dengan DAP untuk mewujudkan negara Berkebajikan pula ?

Jawapannya begini....Aku rasa persoalan itu telah disempitkan oleh sesetengah pihak yang mungkin tidak faham @ memang faham tapi buat-buat x faham @ memang sengaja digunakan sebagai propaganda politik semata-mata. Kenapa aku berpandangan begitu. Kalau dikatakan PAS sudah menolak dasar negara Islam aku rasa itu sangat tidak tepat sama sekali. Disini kita perlu bezakan diantara dasar parti dan strategi untuk memenangi pilihanraya. Kita perlu lihat dari sudut yang luas. Soal bersengkokol dengan DAP pun bukanlah menjadi masalah dalam soal ini.

Konsep baldatun toyyibah wa rabbul ghafur itu sangat luas. sudah tentulah, asas utamanya adalah ISLAM.
Kita kena sedar dan rasanya kita sedia maklum yang lanskap politik negara kita dah banyak berubah. Berpijaklah pada bumi yang nyata jika PAS tidak didalam gabungan PAKATAN RAKYAT apakah negara Islam boleh diwujudkan ?....Jawapannya tidak dan itu perkara mustahil selagi mana orang melayu islam sendiri tidak menyokong PAS dan PAS pun tidaklah bertanding di semua kawasan Parlimen. Jikapun PAS boleh berjaya mendapatkan sesuatu negeri apakah menjadi kerajaan negeri boleh memberikan kebajikan kepada rakyat. Jawapannya boleh tetapi kapasitinya adalah amat terhad tidaklah sama seperti menjadi kerajaan Pusat. Dan antara isu yang kita boleh lihat dengan jelas ialah berkenaan isu ROYALTI minyak. Mula-mula berlaku di Terengganu apabila PAS berjaya merampas Terengganu dengan secara tiba-tiba duit royalti digantikan dengan wang ehsan. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Kelantan. Kita boleh lihat dengan jelas bagaimana diskriminasi berlaku. Bukankah Kelantan itu majoritinya orang Melayu. Kenapakah perkara ini mesti berlaku ? Banyak lagi contoh-contoh diskriminasi yang telah dilakukan tetapi cukuplah aku sentuh soal royalti minyak sahaja.

Apakah gabungan di dalam Pakatan Rakyat antara PAS, PKR dan DAP banyak membantu islam ? Kita ambil contoh apa yang berlaku di Pulau Pinang. Sebenarnya ia banyak membantu Islam dalam banyak segi. Cthnya peruntukan tambahan kepada hal ehwal agama islam, sekolah-sekolah agama dan macam-macam lagi - Kita renungkan - TAK PERNAH PERKARA INI BERLAKU DI ZAMAN UMNO/BN.   Begitu juga yang berlaku di Perak semasa Pakatan Rakyat masih menjadi kerajaan sebelum dirampas dengan cara yang x bermaruah. Begitu juga dengan apa yang dilaksanakan di negeri Selangor. Berbagai-bagai kebajikan untuk membantu rakyat diperkenalkan cthnya pemberian 20m3 air percuma dan bermacam-macam lagi. ADAKAH PERKARA INI BERLAKU SEMASA ZAMAN UMNO/BN MEMERINTAH ? Perlu juga kita lihat apa yang ditawarkan di dalam BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT yang telah dipersetujui oleh PAS, PKR dan DAP.

Disinilah perbezaan dapat dilihat dengan jelas diantara Negara Kebajikan Umno dan Negara Berkebajikan yang ingin diwujudkan PAS (PAKATAN RAKYAT). NEGARA BERKEBAJIKAN BERMAKSUD SETIAP RAKYAT DIJAGA HAK DAN KEBAJIKAN SAMAADA KEPERLUAN KEMUDAHAN ASAS,MAKANAN, PAKAIAN, TEMPAT TINGGAL, KESIHATAN, PENDIDIKAN DAN LAIN LAIN. Ambil contoh semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz - bilamana hendak menggunakan lilin kerajaan pun rasa malu dan segan…Inilah tahap kepimpinan yang kita mahukan. Ini hanyalah pandangan aku tentang apa itu negara kebajikan dan apa itu negara berkebajikan dalam konteks negara kita sekarang dan jika ada perbezaan pendapat diantara pendapat aku mungkin kita melihat dari sudut yang berbeza.....Walahualam...
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger