Home » , » Kenapa penjualan arak dibenarkan di Kelantan dan Judi perlu diharamkan di Malaysia.

Kenapa penjualan arak dibenarkan di Kelantan dan Judi perlu diharamkan di Malaysia.

Salam
Perkara ini telah banyak kali aku terangkan sebelum ini di dalam group-group atau forum-forum di Facebook tetapi tidak pernah aku posting untuk penulisan diblog. Persoalan yang sering dimainkan oleh Umno adalah tentang kelulusan lesen penjualan arak di negeri Kelantan. Mungkin perkara ini tidak panas seperti dulu kerana keadaan sekarang ni lebih tertumpu kepada isu yang lagi besar seperti isu Bersih dan isu Murtad. Tapi sebab aku x de idea nak tulis apa aku rasa baiklah aku kongsikan tentang perkara ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak perasan apa sebenar yang tersurat dan tersirat disebalik isu ini. Persoalan yang hendak ditunjukkan kononnya adalah kerajaan Kelantan pun menggunakan duit hasil dari arak.......Ok, kat sini terdapat banyak salah faham. Sebenarnya kita kena fahamkan yang cukai arak hanyalah dibayar kepada kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya meluluskan lesen penjualan sahaja iaitu premis yang dibenarkan menjual arak. Jadi bayaran yang dilakukan hanyalah bayaran lesen sahaja berbeza dengan cukai yang dimaksudkan. Jumlahnya pun tidaklah sebesar cukai arak yang dipungut oleh kerajaan Pusat.

Kita terus ke persoalan pokok, Pertama... kenapa arak di kelantan dibenarkan dan judi di Malaysia perlu diharamkan !
Arak dihalalkan untuk kegunaan terhad golongan non-muslim kerana ianya dibenarkan di dalam agama mereka. Agama kristien membenarkan umatnya meminum arak sekadar tidak memabukkan. Atas sebab itu, kelantan membenarkan penjualan arak tetapi mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Berbeza dengan cara-cara yang digunakan oleh negeri-negeri lain dan Pusat.

 
Keduanya isu penggunaan hasil cukai arak oleh kerajaan kelantan.
terdapat khilaf ulama' antara membenarkan kerajaan islam menggunakan hasil jualan arak (cukai) dan tidak membenarkan (pegi cari sendiri tak pun tanya dgn ular..mak umno tu). Kerajaan kelantan mengambil pendapat ulama' yang lebih ringan, iaitu membenarkan penggunaan hasil arak untuk menampung kos pentadbiran negeri memandangkan keadaan kewangan negeri yang tidak seberapa dan sering ditindas oleh KERAjaan pusat.

Lantas pencacai umno pun berhujah...."Ohhhh pandailah kamu Ax, kelantan boleh guna hasil haram, kerajaan pusat takleh pulak".

Jawapannya begini: Kebenaran kerajaan kelantan menggunakan hasil arak dibuat dengan begitu teliti sekali. TGNA mengarahkan supaya hasil kutipan cukai arak digunakan hanya untuk menampung kos gaji pekerja tambahan yang terpaksa diambil oleh kerajaan kelantan untuk mengawasi penjualan arak  Local authorities di kelantan mencatatkan purata pertambahan 5 orang penguatkuasa (jumlah ni semasa perkara ini mula-mula diperkenalkan dulu) untuk mengawasi penjualan arak kepada muslim sahaja dan akan ditambah mengikut keperluan semasa (sekarang aku x taulah berapa jumlah penguatkuasa yang dah dilantik). Aku ulang sekali lagi, duit kutipan itu hanya digunakan hanya, HANYA, untuk unit penguatkuasaan arak sahaja di kelantan. Kerajaan kelantan begitu cermat dan tidak mencampur adukkan duit kutipan cukai arak dengan duit hasil kerajaan negeri yang lain. Dan sekadar menambah, sebarang lebihan kutipan cukai arak ini akan dimasukkan ke dalam tabung (tak perlulah aku sebutkan nama tabung tu nanti macam-macam pulak umno pusing) dan tidak dimasukkan ke dalam hasil besar kutipan kerajaan negeri yang lain. Dengan kata lain, duit kutipan hasil arak hanya, HANYA, digunakan untuk unit penguatkuasaan arak di kelantan sahaja, sepertimana yang digariskan oleh agama kita.

Seperkara lagi semenjak kerajaan Kelantan di perintah oleh Pas tidak ada lagi kedai-kedai yang menjual judi no ekor di Kelantan. Ini kerana kerajaan Kelantan telah lama mengharamkan penjualan judi di Kelantan.
Judi tidak pernah dibenarkan dalam mana-mana agama serta budaya pun (rujuk kristien katholik). Judi haram hukumnya, baik untuk kristien, buddha, lebih-lebih lagi islam. Lagi satu judi ini memang membawa kepada kehancuran. Banyak kes-kes kehancuran rumahtangga dan sosial disebabkan oleh gejala judi ini.
 


Sekarang kita lihat pula bagaimana duit hasil cukai kutipan judi & arak di peringkat pusat:

Adakah diwujudkan satu unit khas memantau adakah pejualan arak & judi hanya dimain oleh non-muslim seperti yang dilakukan dengan arak di kelantan?
Tidak, hanya penguatkuasa agama negeri sahaja yang diamanahkan untuk mengawalselia perkara tersebut tetapi apakah penguatkuasaannya berkesan. Persoalan ini kita dapat lihat dengan jelas....tak percaya pergi saja tengok kat kedai-kedai ekor diseluruh Malaysia.....Siapakah pengunjung setianya.? Orang Melayu

Adakah diwujudkan tabung berasingan untuk duit kutipan cukai arak & judi ?
Tidak, kerana perkara ini tidak pernah pun di tunjukkan.

Adakah duit lebihan kutipan cukai diasingkan?
Tidak, dan ia dicampurkan sekali dan kita boleh dengar pengumuman tentang hasil wang cukai yang dipungut dan jumlahnya pun tinggi. Begitu juga keputusan judi no ekor ada disiarkan di akhbar-akhbar utama.

Jadi, wahai orang melayu Umno, terdapat perbezaan yang jelas, nyata, langit dan bumi, antara arak di kelantan dan arak di pusat. Judi aku malas nak ceritalah sebab judi memang dah tak de kat Kelantan.......lagi satu untuk penjualan arak di negeri kerajaan Kelantan ada tatacaranya. Cthnya kebenaran penjualan hanya dikawasan kependudukan non-muslim yang tinggi sahaja. Dan tiada, aku ulang tiada penjualan di kedai-kedai 7eleven. Undang-undang yang diperkenalkan begitu ketat dan jika didapati melanggar syarat-syarat penjualan lesen akan ditarik semula. Malaslah aku nak cerita panjang-panjang lagi. Pegilah cari sendiri. Rajin-rajinlah sikit mencari maklumat jangan hanya asyik ditanamkan dengan maklumat je.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger