Home » , » Jika tak sokong tak pe, tapi hentikan FITNAH

Jika tak sokong tak pe, tapi hentikan FITNAH



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan membalas dendam terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti.

Anwar berkata, beliau sedia memaafkan pemimpin yang melakukan pelbagai kezaliman kepada dirinya juga berharap rakyat mengambil sikap sama terhadap kesalahan­ pemimpin BN yang menyalahgunakan harta negara.

“Saya sama sekali tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan sekarang. Saya pernah melalui keadaan paling teruk dalam kehidupan, tetapi itu tidak menjadi dendam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka. Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk... menilai.

“Saya di penjara enam tahun, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat,"



Anwar berkata, sekiranya ahli Umno tidak menyokongnya, ia tidak membawa masalah kepadanya tetapi beliau meminta mereka berhenti daripada melemparkan fitnah dan menghina dirinya.




Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau memberi jaminan bahawa selepas PR memenangi pilihan raya akan datang, dalam tempoh 24 jam tersebut, beliau akan mengumumkan harga minyak akan turun.




Mengenai PTPTN Anwar berkata jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga tahun memerintah Turki.

“Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN. “Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti,” katanya pada dialog bertajuk ‘Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat’ anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu.

Beliau mengakui PTPTN adalah isu paling popular yang diaju kepadanya termasuk di facebook dan twitter.

Walaupun PTPTN dimansuh, Anwar berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Walaupun pegawai ramai, kita juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat,” katanya.

Mengenai pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan seperti yang termaktub dalam Buku Jingga, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan negeri lain.

Ini kerana, katanya, 80 peratus hasil minyak itu mampu menampung perbelanjaan negara dengan memastikan royalti diurus mengikut pengurusan yang baik. “Keutamaan royalti 20 peratus difokus kepada golongan miskin.

Apabila kita menyebut kemiskinan ia merangkumi sama ada Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Cina dan India. “Pada masa sama, kita memperketat prosedur kewangan selain pengurusannya dijalankan individu yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti,” katanya


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger