Home » , » BERSIH 3.0 ke jalanraya & Selamat Ulang Tahun yg ke-13 Parti Keadilan Rakyat

BERSIH 3.0 ke jalanraya & Selamat Ulang Tahun yg ke-13 Parti Keadilan Rakyat



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini mengumumkan akan mengadakan himpunan besar-besaran BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.

Lokasi perhimpunan kali ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang.

Perhimpunan akan diketuai oleh Datuk A.Samad Said dan Datuk Ambiga Sreenevasan serta ahli jawatankuasa yang lain bertemakan "Duduk Bantah" dan perhimpunan ini bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.


Himpunan yang turut disertai 84 NGO masih mengekalkan lapan tuntutan, iaitu:
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media bebas dan adil
5. Masa kempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentian politik kotor

***************************************************************

KENYATAAN SAMM.
Solidariti Anak Muda Malaysia

SAMM menyambut baik pengumuman dan seruan BERSIH 3 tersebut dan juga sekali lagi bersedia memainkan peranan penting dalam menjayakan himpunan BERSIH.

SAMM mengumumkan untuk memastikan himpunan kali ini berjalan tersusun, aman dan mencapai matlamat, maka akan dilakukan siri penerangan umum ke seluruh negara seperti berikut :

Ceramah Umum Jelajah Anak Muda - BERSIH 3 "ke jalan raya untuk pilihanraya BERSIH" semua program bermula 9.00 malam
10 April : Parit Betak, Benut, Johor
11 April : Taman Desa Rhu, Seremban
12 April : Dewan Serbaguna Pekan Pendang, Kedah
13 April : Sg. Tiram, Bayan Baru, Pulau Pinang
15 April : Padang Bola bersebelahan Surau Al Aula, PPR Sri Labuan, Bandar Tun Razak
16 April : Telok Mas, Melaka 19 April : Bt. 14, Kuala Kurau
21 April : Felda Bukit Jalor, Gemencheh, Tampin
26 April : KM 8, Jalan Berserah Kuantan / Kemaman (depan poliklinik Berserah)

SAMM menyeru semua warga Malaysia mengambil serius kepentingan himpunan BERSIH 3 ke arah menyelamatkan amalan demokrasi negara. Kepada penguasa jangan khuatir kami merupakan masyarakat bertanggungjawab, kami masih percaya jika berlaku pertukaran parti pemerintah ia hanya akan dilakukan melalui pilihanraya namun kami membuat keputusan ke jalan raya untuk mendesak 8 tuntutan wajib ditunai sebelum pilihanraya.
Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini Jelajah Anak Muda BERSIH 3 sila ke http://anakmudamalaysia.com/

sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

***************************************************************

Hari ini 4 April 2012, selain daripada pengumuman Himpunan Bersih 3.0, 13 tahun dulu pada tarikh yang sama iaitu 4 April 1999 Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan (dulu dikenali sebagai Parti keadilan Nasional).



Presiden & Ketua umum Parti keadilan Rakyat

SELAMAT ULANG TAHUN YG KE-13 (PARTI KEADILAN RAKYAT). SEMOGA PRU 13 AKAN MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA POLITIK DI MALAYSIA. REFORMASI 1999 JADI KENANGAN-2012 JADI KENYATAAN.



PRU13 - YANG LAIN CICAK MENGKARUNG, HAMBA CINCANG-CINCANGKAN





Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger