Home » , » Wah....Anwar Ibrahim dibenarkan berucap di Media Utama.

Wah....Anwar Ibrahim dibenarkan berucap di Media Utama.

 
Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas. Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas. Malaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika.



Di Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia. Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai ‘separa bebas’. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah ‘tidak bebas’. Malaysia hanya disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191).


TAPI SUNGGUHPUN MYANMAR MENDUDUKI TANGGA KE 191, DINEGARA MYANMAR YANG DIPERINTAH JUNTA TENTERA, DEMOKRASI DAN KEBEBASAN BERSUARA JAUH LEBIH BAIK DARI MALAYSIA...........AUNG SAN SUU KYI DIBENARKAN BERUCAP DALAM ( RADIO TV MYANMAR) MEDIA MILIK PENUH NEGARA MYANMAR!!!

P/S : PERKARA INI BERLAKU BILA TAKUT DGN BAYANG-BAYANG SENDIRI....teringat kata-kata Anwar Ibrahim "Sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan kita akan membuka media kepada sesiapa sahaja"......De Palma 10/3/2012.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger