Ini adalah surat yang diedarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang ditandatangani oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tawau dengan tujuan untuk menyenaraikan kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan tiga kategori iaitu ‘Putih’, ‘Kelabu’ dan juga ‘Hitam’?
PUTIH
- Akur akan dasar-dasar kerajaan
- Kritis terhadap dasar kerajaan secara positif dan membina
- Bersyukur akan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan
KELABU
- Mula mengkritik secara negatif dan terbuka akan dasar-dasar kerajaan
- Mula berjinak-jinak dengan parti pembangkang
HITAM
- Ahli mendaftar dan memegang jawatan dalam pembangkang
- Bergiat cergas dalam aktiviti berkempen menentang kerajaan
- Ada cubaan mempengaruhi rakan sejawat yang lain supaya turut serta dalam sebarang aktiviti untuk membenci kerajaan.
Menurut pegawai yang menandatangani surat tersebut Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara. “Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.“Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik,” katanya.
Rupa-rupanya ianya dikeluarkan untuk tujuan menjilat, mengampu dan membodek pemimpin BN saja.... tak ada kena mengena dengan Kementerian Pelajaran.. Menjilat dan membodek bagi membuktikan kesetiaan Pegawai tersebut kepada Barisan Nasional yang tidak berbelah bagi. .. Alasan bodoh bila surat ini dah jadi isu “ Ia adalah satu kesilapan dan surat tidak sepatutnya dihantar'. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul. “Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik” katanya...Dah macam bunyi alasan satu pemimpin atasan tentang SPBA..... Hmmm… alasan biasa yang biasa digunakan bila dah kantoi.. kambing hitamkan apa saja yang ada disekelilingnya…
p/s : Agaknya Darman Shah ini termasuk kategori PUTIH kot atau dia memang orang UMNO pun yang memang kaki jilat.......sekadar merenung...kikikiki