Home » , » PRU13 - Mungkinkah Melaka bakal di tawan PR ?

PRU13 - Mungkinkah Melaka bakal di tawan PR ?



PRU 12, Melaka adalah sebuah negeri yang kelihatannya tidak diserang tsunami apabila keputusan pilihanraya yg diumumkan tidak banyak berbeza berbanding PRU 11. BN tetap menang banyak kerusi untuk memerintah dan mengekalkan Melaka sebagai kubu kuatnya. Manakala DAP menang kerusi dun dalam parlimen Kota Melaka, dan mendapat tambahan kerusi dun dalam parlimen Bukit Katil. Adakah PAS dan PKR tiada sokongan?

Jika diteliti, memang PAS dan PKR tidak menang tapi berjaya mengurangkan majoriti hampir di semua kerusi yang ditandingi. Undi Melayu kepada PAS dan PKR tidak banyak berubah, namun undi bukan Melayu bertambah tapi hanya mencapai purata 50 - 55 %. Berbeza dengan undi bukan Melayu yang diterima DAP melebihi 60 % malah ada kerusi lebih 70%. Ini menyebabkan DAP boleh menang walaupun bertanding di kerusi Bachang yang mempunyai hampir 50% pengundi Melayu.

Bolehkah PAS, PKR Melaka menang ? 
Boleh sekiranya undi bukan Melayu melonjak mencapai lebih 60% .
Perkara ini tidak mustahil kerana ‘mood’ orang Cina untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat berlaku di seluruh negara. Malah undi orang Cina pada PRU 13 tidak lagi hanya kepada DAP tapi parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Walaupun tidak dijangkakan setinggi undi yang bakal diterima DAP, namun masih tinggi dan berkemungkinan melebihi undi berbanding PRU 12.
Dijangkan Undi Melayu kepada PR pada PRU 13 dijangka tidak banyak perubahan berbanding PRU 12. Ada kerusi yang undinya dijangka meningkat, dan ada juga yang dijangka akan turun. Bergantung kepada gerak kerja parti yang bertanding memberi khidmat kepada rakyat.
Memandangkan PAS bertanding di kebanyakan kerusi majoriti Melayu dan undi Melayu kepada PR sekitar purata 25 – 30%, dijangkakan PAS Melaka tidak boleh menang 9 kerusi. PAS Melaka dijangkakan mempunyai harapan untuk menang di 6 kerusi sahaja seperti Kuala Linggi, Lendu, Durian Tunggal, Asahan, Bukit Baru dan Merlimau.
1
Begitu juga dengan PKR yang pastinya menampilkan calon yang lebih berwibawa dan diyakini rakyat . Tidak seperti PRU 12 yang ramainya boleh dikatakan hanya ‘tangkap muat’. Sekiranya kerusi yang sama ditandingi PKR, diwakili pula oleh calon yang berwibawa dijangkakan PKR mampu menang di 5 kerusi iaitu Rembia, Gadek, Machap, Paya Rumput dan Rim.

Berdasarkan pola pengundi Cina yang kuat menyokong DAP , dijangkakan DAP mampu mengekalkan 5 kerusi yang dimenangi semasa PRU 12 dan menambah 2 kerusi lagi iaitu Duyung dan Kelebang. Kerusi – kerusi yang dijangka akan jatuh ke tangan DAP adalah Kesidang, Kota Laksaman, Bandar Hilir, Bachang, Ayer Keroh, Duyung dan Kelebang.
1
Secara matematiknya, BN berada dalam keadaan bahaya di 18 kerusi dun daripada 28 kerusi dun yang terdapat di Melaka.
3 kerusi parlimen yang menjanjikan persaingan sengit iaitu Bukit Katil, Alor Gajah dan Tangga Batu. Parlimen Kota Melaka adalah kerusi tradisi dimenangi DAP sejak beberapa pilihanraya lepas.

Jangkaan ini dibuat berdasarkan kepada sentimen dan suasana politik semasa di dalam negara. Dengan sambutan yang besar daripada rakyat pada setiap ceramah Pakatan Rakyat di Melaka Pakatan Rakyat berpotensi untuk menang di Melaka dan dapat dilihat BN sebenarnya berada didalam keadaan yang begitu tertekan. Ini dapat dilihat dengan tindakan provokasi berlebihan terhadap ceramah Pakatan Rakyat dan yang terbaru berlaku ketika kedatangan DSAI ke Melaka baru-baru ini. Beritanya boleh dibaca disini
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger