Home » , » Kes Liwat II....Dr Mohamad Osman Abdul Hamid (bekas Dr Hosp Pusrawi), Pakar Patologi dari Australia, Dr David Wells. Saksi Pembelaan ke-2 & ke-3

Kes Liwat II....Dr Mohamad Osman Abdul Hamid (bekas Dr Hosp Pusrawi), Pakar Patologi dari Australia, Dr David Wells. Saksi Pembelaan ke-2 & ke-3

Salam
Hari ini dua saksi pembelaan mengambil tempat di dalam prosiding kes liwat II yang sedang berlangsung. Tidak memeranjatkan statement yang dikemukakan kerana umum memang sudah mengetahui tentang apa yang telah berlaku. Perkara ini telah pun lama didedahkan dulu cuma kali ini ia akan menjadi statement rasmi didalam makhamah.

Dr Mohamad Osman Abdul Hamid

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Dr Osman bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.
Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.
Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.


Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.
"Dia (Saiful) terus bercakap kepada saya dan katanya melibatkan VIP dan dia berada berasa takut," kata Osman di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.


Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.


"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.
Menurut Osman, beliau juga mencadangkan supaya Saiful merujuk kepada hospital kerajaan dan membuat laporan polis.
Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.


Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?


Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.


Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.


Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.


Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

Pakar Patologi dari Australia, Dr David Wells

Dr Wells memberitahu pentingnya untuk merekod kes seksual secara terpeinci, kerana ia  memperincikan apa yang terjadi dan akan diteliti oleh ramai orang. “Ia (aspek) penting untuk proses dokumentasi pesakit,” katanya.
Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut ‘tiada penemuan konklusif’ sedangkan berdasarkan pengalaman beliau,  ia sepatutnya ditulis ‘tiada sebarang penemuan”.
Katanya perkataan “konklusif” bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri. Beliau berkata ketika borang proforma Saiful menunjukkan ada pendarahan pada dubur pengadu, sedangkan laporan perubatan pula menunjukkan sebaliknya.
Menurutnya, borang berkenaan sepatutnya diisi dengan betul. “Ia mesti diisi untuk menunjukkan kesemua pemeriksaan dibuat sewajarnya. Saya keliru oleh bahagian-bahagian penting yang hilang,” kata beliau.
Pakar itu berkata, beliau tidak membenarkan kehadiran polis ketika menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa serangan seksual. Lazimnya beliau menjalankan pemeriksaan tersebut secara berseorang dan ditemani jururawat.
Ia berbeza dengan kes Saiful Bukhari apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira turut berada dalam bilik ketika doktor melakukan pemeriksaan.
Menurut Wells lagi, pencemaran bahan  DNA juga adalah isu penting  dan mengakui ia tidak boleh dihentikan dan bukti itu perlu disokong oleh ujian klinikal lain.

Dr David Wells hari ini turut mempertikaikan cara sampel bukti disediakan dalam kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk kepada cara calitan putik kapas diambil dan disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur dan juga cara ia dikendalikan oleh pegawai penyiasat polis.

Menurutnya, beliau belum pernah mendengar sampel air mani diambil daripada tubuh mana-mana mangsa 56 jam selepas kejadian didakwa berlaku.

“Integriti spesimen yang digunakan adalah amat penting (dalam mana-mana kes),” kata Dr Wells.

Menurutnya lagi, cara pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira yang membuka semula sampel dari Hospital Kuala Lumpur kononnya untuk membuat tanda baru sebelum diserahkan ke Jabatan Kimia Malaysia membuktikan ia tidak kalis daripada diubahsuai.

“Jika anda tanya saya samada ia (sampel) ia kalis ubahsuai, tidak,” kata Dr Wells.

Menurutnya, cara yang biasa dilakukan dalam pengambilan sampel dari tubuh mana-mana mangsa serangan seksual adalah dengan meletakkannya dalam botol plastik yang bernombor siri pada botol dan juga pada penutupnya.

Dengan cara itu katanya, apabila sampel itu dibuka dari sebelum diserahkan ke makmal untuk diujikaji, ia akan menyebabkan sampel itu tercemar.

Sewaktu ditanya Sankara Nair, beliau bersetuju bahawa dengan keadaan cuaca di Malaysia, sampel yang diambil daripada tubuh Saiful dan terdedah kepada udara itu mengalami risiko cepat rosak.

“Pada suhu bilik, kualiti sampel boleh mula merosot dengan agak cepat,” kata Dr Wells.

Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu di luar mahkamah menyifatkan hujah-hujah Dr Wells yang membuktikan integriti sampel dari HKL boleh tercemar atau pun diubahsuai sebagai perkara yang memang berlaku.

“Pakar dari Australia telah menyatakan IO memotong eksibit kononnya untuk buat tanda baru.

Ia memberi peluang untuk calitan kapas DNA tercemar atau diubahsuai.


Perkara ini memang berlaku dan pakar sendiri kata prosedur ini tidak betul,”
 
Dr Wells menerangkan tentang kelayakan beliau, yang merupakan ketua pasukan forensik di Victoria Institute Of Medicine dan profesor di Monash Universiti, Australia. Well menyatakan beliau mempunyai kepakaran mengenai keganasan seksual dan menulis beberapa buku dan artikel mengenai keganasan seksual.
Beliau juga pernah menjadi saksi di Australia dan United Kingdom. Wells berkata beliau juga melatih pegawai polis, jururawat dan doktor yang melakukan perubatan forensik. Beliau juga pernah mengadkaan kursus di Malaysia dan membantu melatih doktor di sini.Wells menyatakan beliau menjadi saksi di pelbagai mahkamah, dari majistret hingga Mahkamah Tinggi dan percaya testimoni beliau diterima oleh mahkamah.Beliau juga memberitahu mahkamah beliau telah menetap di Malaysia selama tujuh tahun dan bapanya bekerja dengan bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.

Apa yang didedahkan di makhamah hari ini menunjukkan kepincangan yang berlaku di dalam kes liwat II ini. Berbagai-bagai kelemahan kes dibongkarkan. Laporan doktor dan Dna yang menjadi asas kepada pendakwaraya dalam meneruskan kes ini nampaknya boleh dipertikaikan. Ini kerana terdapat banyak kelemahan dari segi laporan klinikal dan dnanya. Tak payahlah nak tuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu meliwat kerana semakin jelas semua bukti-bukti itu direka.

Diakhir nanti kebenaran akan muncul dan kebatilan akan lenyap.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger