Home » , » Penukaran Nama Majlis Syura Kepada Jawatankuasa Pendengaran

Penukaran Nama Majlis Syura Kepada Jawatankuasa Pendengaran


Kerajaan Negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama 'Majlis Syura' bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Methodist Church di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Justeru  kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui MAIS.

Walaubagaimanapun, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Dato' Menteri Besar dan DYMM Sultan Selangor.


Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata.


Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada DYMM Sultan Selangor  serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger