Home » , » Anwar akan didapati bersalah......Ramalan Guardian UK

Anwar akan didapati bersalah......Ramalan Guardian UK




Guardian UK ramal Anwar akan didapati bersalah
3:42PM Dis 14, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi.

Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.

Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan", kolumnis hal ehwal luar negera itu menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu".

"Malaysia adalah rakan dagang yang penting, rakan pengawalan senjata dan juga anggota sekutu gabungan Afghanistan. Tetapi rekod hak asasi manusia kerajaannya dan amalan demokrasi negara itu perlu diberi lebih penelitian ...

"Apabila pengalaman pahit Anwar menghampiri kemuncaknya, nampaknya tidak mungkin bahawa penanda aras ini akan dipenuhi. Persoalan seterusnya ialah: apa yang akan rakyat Malaysia dan rakan-rakan mereka lakukan?”

Menurut Tidall, dakwaan liwat yang dilemparkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima negeri pada pilihan raya umum 2008, "seolah-olah bukan suatu kebetulan".

"Sebagai pemimpin berkarisma pakatan pembangkang, Anwar merupakan cabaran terbesar bagi Najib untuk terus berkuasa," katanya.

sumber: Malaysiakini

ULASAN AKU..

Salam,
Mengikuti perjalanan kes Liwat II sahaja kita sudah boleh meramalkan apakah kesudahan kes ini. Dari mula-mula kes ini dibangkitkan sudah kelihatan beberapa nama besar yang disebut...tak payahlah aku sebutkan kat sini sebab semua orang dah tahu siapakah nama-nama tersebut. Bermula dengan penahanan secara gestapo ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim (maksudnya tangkap dulu dan bawa ke balai baru serahkan waran.....waran pukul 2.00 tangkap pukul 1.30....gunakan satu unit khas mengepung konvoi untuk menahan Dato seri Anwar...dan macam-macam lagi).

Perkara pertama yang memelikkan adalah tentang pertuduhan. Didalam laporan penuduh ia dikatakan dilakukan secara paksa tetapi pertuduhan adalah secara rela. Jika asas pertuduhan sahaja sudah tidak betul apakah yang boleh kita harapkan tentang perbicaraan. Kemudian semasa pendakwaan berbagai-bagai perkara dinafikan untuk pihak pembelaan. Begitu juga dengan berbagai-bagai kepincangan semasa pendakwaan semuanya diketepikan sehinggakan barang bukti utama yang terdapat tanda diusik sebelum dihantar untuk diuji pun masih diterima sebagai barang kes. Yang paling melucukan adalah memanipulasikan DNA dari botol air dan tuala good morning yang digunakan Dato Seri Anwar Ibrahim semasa ditahan dilokap.

Tak banyak bezanya diantara kes liwat 1 dan kes liwat II. Perkara yang paling jelas adalah terdapat banyak keraguan dan kecacatan kepada kedua-dua kes ini. Sama-samalah kita tunggu apa keputusan kes liwat II ini kerana apa pun keputusan yang akan dikeluarkan nanti akan memberi kesan kepada kerajaan Malaysia a.k.a UMNO. Persepsi media diluar negara sendiri menilai bagaimana tahap demokrasi yang diamalkan di Malaysia lebih cenderung kepada kuku besi. Tak perlu kajian menyeluruh cukup bersandarkan kepada kes berprofile tinggi yang dikenakan keatas musuh politik demokrasi Malaysia sebenarnya tidaklah jauh bezanya dari negara-negara seperti Mesir, Myanmar, Libya yang menekan musuh politik dengan berbagai tekanan.

Pada aku nanti penolakan rakyat bukanlah kerana Anwar tetapi rakyat memang dah menolak UMNO dan anak muda akan pastikan UMNO akan berkubur di PRU13 nanti. Percaturan politik survival UMNO akan memakan diri sendiri.

Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger