Home » , » Isu Komunis - Mat Sabu akan saman.

Isu Komunis - Mat Sabu akan saman.

Salam
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS. Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap."
"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali,"
"Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka,"

Beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.


Apa yang Mat Sabu sampaikan?
Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!

Ikuti ucapan di bawah.

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indra ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'.

- SEMASA TRAGEDI BUKIT KEPONG TANAH MELAYU ADALAH TANAH JAJAHAN BRITISH.

- SEMASA TRAGEDI BUKIT KEPONG PESURUHJAYA POLIS TANAH MELAYU IALAH SIR ARTHUR E.YOUNG.

- SEMASA TRAGEDI BUKIT KEPONG MATA MATA DIBAYAR GAJI OLEH BRITISH.

- SEMASA TRAGEDI BUKIT KEPONG BLOM ADA LAGI PDRM, BELUM ADA LAGI MALAYSIA..YG ADA TANAH MELAYU.

- SEMASA TRAGEDI BUKIT KEPONG TIADA LAGI KONSEP KETUA POLIS NEGARA..YG ADA SOLDADU UPAHAN DI PANGGIL SC ATAU SPECIAL KONSTABLE DAN POLIS KETIKA ITU DI PANGGIL MATA MATA..

Hu hu hu....saman je abg Mat, jangan kasi muka kat puak-puak bengap ni. Dia orang yang buta sejarah dan pesongkan fakta kita pulak yang dikatakan sokong komunis dan menghina pejuang. Hu hu hu
 Kerajaan UMNO cuba menafikan sumbangan ramai pejuang2 diluar UMNO yang juga menuntut kemerdekaan termasuk la Shamsiah fakeh, Dr Burhanuddin, PKMM, AWAS, API, Hizbul Muslim, regimen 10 dan banyak lagi tokoh berhaluan kiri... Memang tidak dinafikan UMNO telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu, tetapi melalui meja rundingan.. Bila ada rundingan pasti ada 'give and take'

Persoalannya, apa yang kita 'give' untuk kita 'take' kemerdekaan tersebut ???? 

Hu hu hu.....SENGAL......
 
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger